Assalamualaikum, mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anak-anak muda.. Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir..


Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz? Apakah yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Facebook..

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.
Semalam 21 mei 2012. pergi hospital tanah rata.. alhamdullah dapat jg jumpa doktor sebestian ( die n pandai n ramah ) scan punya scan alhamdllh nampak juga alat kelamin baby heheheh boy..

Perkhemahan Bersepadu Unit Berunifrom Sekolah telah diadakan pada 18 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 (Jumaat - Ahad). Unit Beruniform yang terlibat adalah Pengakap, Tunas Kadet Remaja dan Pandu Puteri Tunas. Seramai 87 orang pelajar dan 30 orang guru telah menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan tahunan ini diadakan di Padang Mini
Persiapan awal untuk jungle trecking

inilah tangga untuk menara

Menara yg dibuat oleh zul, ramas n geng2 jaga

hahahha meja n kerusi n je mampu aku buat

Persiapan tempat - bah uji sedang mesin rumput

antara guru yg menyertai jungle trecking

Komador ke hahaha nasib la kena raging dgn aku

n la check poind aku - tempat aku bg budak2 mandi tanah hahaha

inilah hasilnya

Pertandingan memasak

bah et sedang menggoreng

kumpulan zura

Petang hari kedua di basahi hujan

pas masak makan la wehhh

Acara penutup olah gpk 1




Family Day @ Port Dickson Golf & Country Club

Hari Keluarga Sekolahku kali ke- 9 telah diadakan pada 4 hingga 6 Mei 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Program tahunan ini adalah di bawah anjuran Kelab Guru. Kelab Guru telah memilih Port Dickson Golf and Country Club, Teluk Kemang sebagai destinasi bagi program kekeluargaan ini. Ramai guru dan kakitangan bersama keluarga telah menyertai program tahunan ini. 












balik keje pukul 4.30 petang bukak je pintu ade suprise untuk celebrate birthday ku yg ke 25 tahun. time kasih abang. luv u so much. semoga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat amin.

kek birthday yg ke 25 tahun

hadiah dibawahnya

fuhhhh tiup lilin


acara memotong kek

nyum2 sedapnya kek coklat

inilah hadiahnya..mesin pengisar. boleh wat kuih.
time kasih abang. muaxssssss.

Baru2 ni temuduga Pembantu Makmal Gred C17 gagal, semalam dapat panggilan dari KEMAS menkhabarkan berita gembira bahawa Siti Aisyah Mokhtar berjaya dalam temuduga Pembantu Pembanggunan Masyarakat Gred S17 yg dihadiri pd bulan puasa tahun lepas. Ditawarkan berkhidmat di pejabat Sg. Koyan Parlimen Cameron Highlands. Tapi sayangnya tiada keizinan dari suami, mungkin kerana jawatan ini bertaraf KONTRAK. sehari jugak la sedih. ermmmm xpe la mungkin rezeki ku masih di Menson.


Ok lah xnak sedih2 lagi. Kandungan ku sudah berusia 36 weeks. tak lama lagi baby dah nak keluar, x sabar rasenya nk jumpa baby (",). baby boy ke baby girl ???? mane2 pun x kisah. ini lah anugerah dariNYA. ku bersyukur padamu Ya Robb..













03/05/2012
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Husni Mohd Rawi, 40, atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini.

Kematian artis komedi terbabit disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.

Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama "Jangan Pandang Belakang Congkak" di Hulu Langat tahun lalu.


AL-FTIHAH

Bob Kuman meninggal dunia. Al Fatihah 

GAGAL

Maaf. Anda tidak berjaya di dalam urusan temu duga ini.
Nama
No. Kad Pengenalan
Keputusan
 
SITI AISYAH
*************
GAGAL
 

Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
 

Assalamualaikum
Selamat Pengantin Baru


Bernama perkahwinan itu
adalah ikatan setia dua hati
Bertapak pada nawaitu suci
Berdiri atas kasih tulus
Berpaut di puncak munajat
Bernaung di persada kerukunan
Demi kebahagian hakiki
Demi keharmonian abadi

Dibahu kalaian sebenarnya
terbeban amanah
Ditangan kalian sebenarnya
tergenggam kewajipan
Dijiwa kalian sebenarnya
terkandung harapan
Kelak akan kalian rasai
senang, tenang rohani

Semoga jodoh berkekalan, bahagia berpanjangan, dirahmati & diberkati Allah yang maha Esa.

Dari kami
 Zulhilmi and Aisyah 

Salam ini la Kueh yg diidamkan isteriku dua hari lepas.. ermmm nak cari kat cameron n susah so g la minta dgn pakcik google n so terjumpa la. lantas isteriku cuba membuatnya pagi tadi.. sendappp yakk..


Bahan- bahan 
( 15 biji )

3 genggam kacang dal diremdah semalaman
1 biji bawang besar di potong dadu
 Cili hijau/ lada kering di hiris2
Daun kari di hiris2
secubit kiub pati ayam
1/2 sudu kecil jintan manis ditumbuk kasar

Cara- caranya
Kacang dal dikisar tp jangan letak air
dalam bekas lain campurkan kacang dal, bawang, daun kari, cili, pati ayam, jintan manis dan campurkan sedikit garam.
gaul rata semua bancuhan td, kepal-kepal n goreng. goreng bahagian bawah smpai garing dulu baru terbalikan kalau tidak kueh cepat berderai.
k selamat mencuba dari kami mie n aisyah bubye..




Sory gambar jadi terbalik.. 

Strawberry memang xleh dipisahkan dengan cameron highlands n macam-macam boleh dibuat.
Isteriku cuba membuat kali pertama Kueh Apam ini. Nak tau caranya??

Bahan-bahan
·        2 cawan tepung gandum 
·        1/2 cawan gula putih
·        Air secukupnya
·        1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan)
·        secubit garam (opt)
·        kelapa untuk gaul bersama apam
·        perasa strawberry


cara memasaknya

1.     Loyang disapu minyak sekeliling.
2.      Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau  hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
3.      Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.
4.      Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
5.     Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa.



Bancuh Bahan-bahannya

Biarkan sehingga naik

Kukus selama 30 @ 40 minit

ini lah hasilnya tq sayang
Salam ai hehehhe cam biasa la keja aku n copy pace je...
Rahsia Di Sebalik Mesin Layan Diri ? haa, Korang mesti selalu pernah beli barang menggunakan mesin layan diri (vending machine) bukan? tak kira la, beli air mineral ke air tin ke. Memang mudah, hanya masukkan duit, dan tekan jenis barangan dikehendaki maka dengan segeranya pesanan kita akan keluar.

Tapi tahukah anda, cerita sebenar di sebalik mesin layan diri berfungsi? haa, meh tengok gambar ni.. dari forum syok.org

1. Mesin Buat Kopi
Rahsia Di Sebalik Mesin Layan Diri


2. Mesin Laluan X-Ray
Rahsia Di Sebalik Mesin Layan Diri


3. Pam Minyak
Rahsia Di Sebalik Mesin Layan Diri


4. Mesin Gambar

Rahsia Di Sebalik Mesin Layan Diri


5. Kotak Muzik
Rahsia Di Sebalik Mesin Layan Diri


6. Mainan Kanak-Kanak
Rahsia Di Sebalik Mesin Layan Diri

7. Mesin Atm
Rahsia Di Sebalik Mesin Layan Diri


8. Mesin Basuh
Rahsia Di Sebalik Mesin Layan Diri


Haha, pernahkah terfikir macam ni? hanyalah rekaan semata- mata :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...