Salam ini la Kueh yg diidamkan isteriku dua hari lepas.. ermmm nak cari kat cameron n susah so g la minta dgn pakcik google n so terjumpa la. lantas isteriku cuba membuatnya pagi tadi.. sendappp yakk..
Bahan- bahan
( 15 biji )
3 genggam kacang dal diremdah semalaman
1 biji bawang besar di potong dadu
Cili hijau/ lada kering di hiris2
Daun kari di hiris2
secubit kiub pati ayam
1/2 sudu kecil jintan manis ditumbuk kasar
Cara- caranya
Kacang dal dikisar tp jangan letak air
dalam bekas lain campurkan kacang dal, bawang, daun kari, cili, pati ayam, jintan manis dan campurkan sedikit garam.
gaul rata semua bancuhan td, kepal-kepal n goreng. goreng bahagian bawah smpai garing dulu baru terbalikan kalau tidak kueh cepat berderai.
k selamat mencuba dari kami mie n aisyah bubye..
Sory gambar jadi terbalik..
0 komen:
Post a Comment
sila la komen