Strawberry memang xleh dipisahkan dengan cameron highlands n macam-macam boleh dibuat.
Isteriku cuba membuat kali pertama Kueh Apam ini. Nak tau caranya??
Bahan-bahan
· 2 cawan tepung gandum
· 1/2 cawan gula putih
· Air secukupnya
· 1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan)
· secubit garam (opt)
· kelapa untuk gaul bersama apam
· perasa strawberry
cara memasaknya
1. Loyang disapu minyak sekeliling.
2. Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
3. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.
4. Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
5. Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa.
Bancuh Bahan-bahannya |
Biarkan sehingga naik |
Kukus selama 30 @ 40 minit |
ini lah hasilnya tq sayang |
0 komen:
Post a Comment
sila la komen