Kunci kereta Proton Saga BLM sering kali dilapurkan mudah rosak jika terjatuh. Apabila kunci tersebut terjatuh , pemegang kunci akan terbuka lalu menyebabkan komponen elektronik yang berada di dalamnya bertaburan keluar. Salah satu komponen yang kerap kali hilang adalah transponder. Tanpa transponder dipasang semula di dalam pemegang kunci, enjin kereta tidak akan dapat dihidupkan jika menggunakan kunci tersebut. Di antara komponen yang berada di dalam pemegang kunci tersebut adalah transponder, 2 biji bateri dan papan litar kunci berpusat.
Transponder berfungsi untuk menghantar isyarat pengenalan kepada ECU immobilizer.Tanpa isyarat pengenalan dari transponder, ECU immobilizer tidak akan membenarkan enjin dihidupkan walaupun kunci telah dimasukkan kedalam lubang kunci. Isyarat pengenalan tersebut perlu diprogramkan sebelum sistem immobilizer berfungsi. Pemasangan immobilizer sebagai alat pencegah kecurian kereta dapat mengurangkan kemungkinan kereta dari dicuri.
kedudukan transponder di dalam pemegang kunci |
Sistem kawalan kunci berpusat masih lagi berfungsi untuk membuka dan mengunci pintu kereta Proton Saga BLM walaupun transponder telah hilang . Walaubagaimanapun, enjin kereta hanya dapat dihidupkan dengan menggunakan kunci simpanan.
0 komen:
Post a Comment
sila la komen