Assalamualaikum.
Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan
Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati
Wajah Rahsia Hati – Ogy
Sedapnya lagu Ogy tu. Walaupon waktu lagu tu popular dulu kita masih kecil, tapi bait-bait ayat lagu tu selalu kita hayati. Suka duka salih berganti. Kita takkan sepanjang masa bahagia, tapi bukanlah jugak bermakna takkan bahagia sepanjang masa. Hidup ini ibarat roda, sekejap di bawah mencium bumi, sekejap di atas mengapai bintang.
Begitu jugalah dengan pengalaman,kegagalan dan kejayaan. Kita boleh gunakan kejayaan orang lain sebagai panduan kita, ambil kegagalan orang lain sebagai pedoman agar kita tidak gagal dalam perkara yang sama. Namun, kita sendiri juga perlu mencuba. Kerana kita tidak tahu adakah kejayaan orang merupakan kejayaan kita, atau sebaliknya adakah kegagalan orang lain jugak adalah kegagalan kita.
Kita perlu mencuba. Kalau gagal, jadikan kegagalan kita itu sebagai pengajaran. Mungkin dalam percintaan yang terputus sebelum ni, banyak kekurangan kita dalam menjaga hati pasangan kita. Mungkin kita terlalu mengongkong, mungkin kita terlalu mempercayai, dah beribu kemungkinan lagi. Pelajari kelemahan kita. Perbaiki kesilapan yang pernah kita lakukan untuk kejayaan gemilang di masa hadapan.
Atur langkah satu persatu.
Selamat berjaya.

0 komen:

Post a Comment

sila la komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...