lama dah nak buat kueh pau tp kita xtau la caranya hehehe..so..hari ni baru merajinkan diri search cmne nak buat kueh pau. Pau ni lain dr yg lain sikit....special sikit bentuknya.... kisahla mcm mana cara sekali pun ...asalkan boleh dimakan.

Bahan-bahan
500 gm tepung pau/ gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yeast
2 sudu besar shorterning
250 gm air suam

Cara-cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin (sampai tak lekat di tangan) ni saya gunaka mixer jer...
4. Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan naik sampai 2 x ganda.
5. Tumbukkan adunan, dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan masukkan inti mengikut kegemaran ...ni saya gunakan inti kacang merah
7. Lapikkan adunan di-atas kertas yang di gunting bulat.
8.Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9.Panaskan kukusan. Masukan adunan dan masakan selama 10 min.
Bila sudah masak buka kan tutup kukusan perlahan2 supaya air tidak
menitis ke kuih.

Bahan buat inti
1/2 kilo kacang merah (bentuk cam kacang hijau tapi warna merah)
2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula putih
sedikit garam
Daun pandan

Cara
1. Rendam kacang merah sehari semalam
2. Cuci bersih dan rebus hingga kembang. Masukkan sekali daun pandan.
3. Bila dah kembang tutup api dan biar suam atau sejuk sedikit.
4. Blend kacang yang dah direbus bersama air rebusan hingga hancur.
5. Masak semula bersama2 gula dan garam sehingga inti kelihatan likat.
6. Tutup api dan sedia untuk digunakan.

0 komen:

Post a Comment

sila la komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...