Cuba tengok gambar ini..Ianya merupakan Hard disk pertama di dunia telah dikeluarkan oleh IBM pada September 1956 dengan nama 305 RAMAC.
Pada 4 September 1956, IBM memperkenalkan hard disk pertama di dunia yang berharga $250.000!!! Yang membuatkan aku stress, kapasiti hard disk ni cuma 5 MB, atau hanya cukup untuk menyimpan satu lagu dalam format MP3!!! Kalo sekarang ni hard disk 1TB pon xsampai rm500 n lebar beberape cm jer… LAgi satu, berat hard disk ni mencecah 1 TAN!! Berat nanang..aishh
Spesifikasi:
IBM 305 RAMAC (Random Access Method of Accounting and Control) 1956
. Kapasiti: 4,8 MB
. kecepatan rotasi: 1.200 rpm
. Pengguna bisnes pertama: Chrysler’s MOPAR Division (1957)
. Jumlah unit yang pernah dikeluarkan : Lebih dari 1000 unit hingga tahun 1961
p/s:Walaweii..kapasiti lebih kurang 5mb je..sesuai untuk satu lagu..
Setelah 20 minggu, koklea, iaitu organ pendengaran, telah mencapai saiz organ orang dewasa dalam telinga dalaman yang telah terbentuk sepenuhnya. Mulai sekarang, fetus akan bertindak balas terhadap julat bunyi yang lebih besar. A Smile [Click for next image]
KAKITANGAN Bank Negara, Noor Aimah Mohd Nor, 32, menunjukkan nota wang kertas Malaysia yang terbaru termasuk nota wang kertas RM20 yang baru sempena Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Terbaru di Kuala Lumpur. Foto: Aizuddin Saad (21/12/2011)
 


Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.


20/12/2011
Dalam kehidupan kita seharian.. kita pasti dapat melihat atau terjumpa bunga-bunga yang cantik seperti yang di tanam di sekolah, pejabat, atau pun tempat-tempat awam..tapi tahukah anda, bunga juga memiliki racunnya sendiri yang amat kuat yang boleh membawa maut..antara bunga-bunga tersebut ialah..

1. Daphne
Bunga daphne juga dikenali dengan nama lady laurel. Seluruh bahagian dari bunga ini beracun, tapi bahagian yang paling beracun terdapat pada getah dan buahnya.

Daphne mengandung mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang akan menyebabkan sakit perut parah, sakit kepala, diarhea, kegilaan, dan sawan.

Jika buah daphne diguna secara berlebihan, akan menyebabkan koma malah boleh menyebabkan kematian.


2. Lyly of the valley

Lyly of the valley kelihatan sangat cantik dan nampak tidak berbahaya. Menggunakan satu atau dua dari bunganya yang berbentuk bell tidak akan menyakiti orang dewasa.

Apabila dimakan dalam jumlah sangat banyak, bunga ini boleh menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kejang di seluruh tubuh, dan diare. Racun di bunga ini juga menyebabkan disfungsi jantung dan degup jantung yang lemah.


3. Belladona

Dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Barat Hemisphere, Belladona mengandung tropane alkoids yang berpotensi membahayakan. Seluruh bahagian tanaman ini berbahaya, tapi bahagian yang paling berbahaya adalah buahnya yang sepertinya sedap dimakan, tapi membahayakan anak-anak.

Akibat dari racun bunga ini adalah pupil mata membesar, penglihatan menjadi kabur, sakit kepala, berhalusinasi dan kegilaan. Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini mengganggu sistem saraf menyebabkan gangguan pernafasan, berpeluh dan berdegup jantung.


4. Angel’s Trumpet

Jangan terkejut dengan namanya, tanaman ini mengandung racun yang sangat bahaya untuk manusia dan haiwan. Bunga ini terkenal sebagai halusinogen yang sangat kuat kerana mengandungi zat tropane alkaloids.


5. Rhododendron

Tanaman ini apabila musim berbunga kelihatan sangat indah sekali. Dalam sebuah rakaman, menceritakan tingkah laku yang aneh pada sejumlah kumpulan berbangsa Inggeris semasa memakan madu dari bunga ini. Rhododendron mengandung andromedatoxin yang menyebabkan muntah, rasa sakit yang hebat kejang-kejang hingga menyebabkan kematian.


6. Oleander

Oleander dikenali sebagai salah satu tanaman yang paling beracun di bumi, sering digunakan untuk bunuh diri. Berbagai macam racun terkandung di seluruh bahagian tanaman ini, seperti Oleandrin dan neriine, menyebabkan gangguan sistem saraf, gangguan pencernaan, dan sistem peredaran darah, dimana ke semua itu terjadi secara serentak.

Mangsa akan mengalami gejala kehilangan kesedaran, tubuh bergetar, rasa sakit, koma, hingga kematian. Getahnya dapat menyebabkan iritasi kulit dan kekaburan pada mata.


7. Autumn Crocus

Bunga ini juga merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia, mungkin ini yang paling beracun. Mengandung colchicine, racun yang terkandung di dalam bunga ini sejenis dengan arsenik yang tidak ada ubatnya. Keracunan tanaman ini dapat menyebabkan penyakit jantung dan hilangnya tekanan darah.
QR CODE www.syahandmie.blogspot.com



Assalamualaikum.. yeahh akhirnya blog ini dah ada QR code nya sendiri.. :)
Cuba lihat gambar di atas. Mungkin ada yang pernah tengok kan gambar seperti di atas tu? itulah QR code.. QR code tu ialah singkatan dari “Quick Response Code” di mana code-code tersebut boleh diterjemahkan secara cepat dan mudah hanya menggunakan Smartphone yang ada aplikasi QR Code. QR code ni dikatakan bakal menggantikan Barcode yang terdapat di barang-barang dikedai.

Korang yang belum install lagi aplikasi ni boleh la amik kat sini.. Kaywa Reader atausnapmaze atau scanlife .. Selain tu, yang pakai android phone leh la search kat market..ada banyak kat market tuu.. :)

Kepada blogger yang ingin meletakkan QR Code di blog boleh buat kat website nihttp://qrcode.kaywa.com/ contoh seperti gambar di atas..
Assalamualaikum..tahukah anda yang kita selalu termakan atau tertelan sesuatu makhluk secara sedar atau tidak? Kira makhluk ni memang wajib la masuk dalam badan..Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.


Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka
Nak tahu mahkluk apa? jom usha entri ni..

1. Bakteria atau kutu debu

Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita.

2. Bakteria di bulu kucing dan anjing

Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.

3. Bakteria di dalam roti

Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.

4. Larva lalat hijau

Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom).


P/s : wahha..kalau nampak dengan mata kasar memang menggerunkan..
Nama Drama: Vanila Coklat [13 Episod]
Arahan: Emi Suffian Sabhe
Terbitan: Asia Media Content
Slot: Lestary TV3[mengantikan drama cinta Elysa]
Tarikh mulai siaran: 20 Disember setiap hari selasa jam 9.00 malam
Pelakon:  Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly dan Nabila Daly

SINOPSIS DRAMA CINTA COKLAT
Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara dan Aamir yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan sering berselisih faham memandangkan Zara merupakan pelajar cemerlangmanakala Aamir pula dilabel seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara menganggap Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka seperti bercinta. Liana juga seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Berlainan dengan Zara yang mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, jejaka yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.
Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

Tahukah anda bahawa internet sangat cepat pergerakannya. Tidak menunggu
sesaat pun, siapa yang lambat maka dia akan ketinggalan. Berikut adalah perkara
yang terjadi di dunia maya dalam masa 60 saat;
  • 1500+ postingan di blog

  • 98,000 twit terbaru

  • 12,000 iklan terbaru di craiglist(FJB Terbesar)

  • 20,000 postingan terbaru di Tumblr

  • 600 video terbaru di Youtube

  • 70 Domain Didaftarkan

  • 13,000 Aplikasi iPhone telah didownlod

  • 320 Akaun Twitter terbaru

  • 100 Akaun Linkedin terbaru

  • 6,600 Foto dipublish di Flickr

  • 125 Plugin WordPress terbina

  • 50 Core WordPress terbina

  • 79,364 Wall terkirim di Facebook

  • 695,000 Status Facebook diupdate

  • 510,040 Komentar muncul di Facebook

  • 1,700 Aplikasi Mozilla Firefox terdownload

  • 694,445 kata dicari di Google

  • 168 Juta Email terkirim

  • 60 Blog terbaru dibuat

  • 40 Pertanyaan di Yahoo answer dan 100 jawapan diberikan

  • 1,600 Orang Membaca di Scribd

  • 1 Kata terdefinisi di Urban Dictonaries

  • total 370,000 menit telepon di Skype

  • 13,000 jam muzik streaming di Pandora

  • Seperti itulah yang terjadi di internet selama 60 saat, dan anda sekarang telah
    tahu kenapa 1 minit begitu berharga di dunia maya.
    Youtube merupakan laman web video sharing yang paling popular abad ini sehinggakan budak-budak kecil pun tahu menonton kartun kegemaran mereka di youtube. Pengguna dapat menonton, memuat naik video dan berkongsi video mereka sendiri secara percuma di laman web ini.
    Di bawah ini terdapat info atau fakta yang mungkin tidak diketahui orang ramai tentang youtube. Meh baca..
    1. Youtube dibangunkan pada bulan februari 2005 oleh 3 orang jejaka yang juga pemilik PayPal,iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.
    2. Pada awalnya pusat operasi Youtube hanya terletak di lantai atas sebuah restoran Pizza dan Restoran jepun di San Mateo, California.
    3. Video awal yang pertama kali di Upload di Youtube berjudul Me at The Zoo, menampilkan Jawed Karim di kebun binatang San Diego.Sampai ketika ini video tersebut masih lagi dapat disaksikan di youtube.
    4. Youtube mula melancarkan laman web itu dalam versi Beta pada bulan Mei 2005, 6 bulan sebelum official launching yang dilaksanakan pada bulan November 2005
    5. Pada bulan julai 2006 atau 8 bulan setelah dirasmikan mencatatkan sebanyak 65000 video baru di upload ke Youtube setiap harinya, dengan 100 juta views per hari.
    6. Semua video di youtube berformat flash video iaitu .flv
    7. Pemilihan nama www.youtube.com mengakibatkan masalah bagi sebuah company mirip youtube iaitu www.utube.com.Pemilik laman web itu, Universal Tube & Rollform Equipment, mengemukakan saman terhadap YouTube pada November 2006 setelah mengalami kelebihan beban secara teratur yang diakibatkan kebanyakan orang lebih suka kepada youtube berbading utube.
    8. Pada bulan Oktober 2006, Google Inc. membeli Youtube yang dianggarkan bernilai 165 milion US Dolar.
    9. Pada tahun 2007 Youtube telah mengupgrade Bandwidth menyamai besarnya Bandwidth keseluruhan internet di dunia pada tahun 2000
    10.Bulan jun 2008,majalah Forbes melaporkan bahawa pendapatan Youtube selama tahun 2008 dianggarkan mencapai 200 juta US Dolar.
    11.Tahun 2008, Youtube mendapat penghargaan dari George Foster Peabody Award.
    12.Sehingga hari ini,Youtube masih lagi menjadi laman web online Video paling popular di Amerika syarikat, bahkan mungkin dunia dengan menguasai 43 peratus pasaran.
    13.Mengikut info,dianggarkan 20 Jam durasi video di upload ke Youtube setiap minitnya dengan 6 milion views per hari.


    Seorang lelaki non-muslim bertanya kpd seorang lelaki muslim..
    Lelaki kristian : kenapa wanita agama kamu menutup aurat?
    Lelaki muslim : tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya dibukakn bungkusannya..kemudian dia melemparkan kedua gula2 itu ke atas lantai..lalu bertanya kpd lelaki kristian “Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?

    Lelaki kristian : sudah tentulah yang masih dalam bungkusan
    Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.







    Salam semua..aku rase entry ni sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe…Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..
    Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu…
    Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.
    Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
    tersimpan di dlm Black Device.
    Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting
    Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..

    08/12/2011
    KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
    "Ini merangkumi individu yang berkahwin; ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan semalam.
    Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan kos RM2.6 bilion.
    Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari, 2012.
    Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta akhbar.
    Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.
    Katanya, permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.


    08/12/2011
    PUTRAJAYA - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberi tempoh selama 15 hari mulai 16 hingga 30 Disember ini untuk memilih kekal dalam sistem saraan lama atau menerima sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.
    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, selepas tempoh itu penjawat awam tidak lagi dibenarkan menukar sistem saraan dan mereka yang tidak memilih SBPA kekal dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang sedia ada.
    "Berdasarkan penyusunan gaji, kita percaya sebahagian besar penjawat awam akan memilih SBPA yang menawarkan pelbagai faedah dan insentif lebih baik.
    "Bagaimanapun kita tidak akan memaksa penjawat awam memilih SBPA kerana mereka yang bekerja dan perlu menentukan pilihan sendiri," katanya pada sidang akhbar Pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini semalam.
    Katanya, penjawat awam yang memilih SPBA berpeluang memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan dan pelbagai faedah lain.
    27/11/2011
    7.1km dari simpang besar

    2.0km dari simpang besar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...