Showing posts with label mie. Show all posts
Showing posts with label mie. Show all posts
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merung"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucMelihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti..Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"Ketika itulah adik keluar dari biliknya.. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akakApa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen."Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adikDalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.''Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.."Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya…."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati."Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."''Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.






Satu adegan di kedai Emas

Di suatu tempat kedai emas,ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin..Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter kat belakangnya..Promoter itu pun bertanya "Boleh saya bantu?" perempuan tu anggap promoter tu tak dengar la ia kentut,Jadi dia jawab "Berapa harga cincin ne..?"
Promoter : "Kalau tgk pun puan boleh terkentut,s...saya pasti puan akan terberak bila tahu harganya nanti....."



&

Cikgu : Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Udin, macam mana bunyi ayam berkokok?
Udin : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu : Bagus Udin... Limah, buat bunyi kucing pula..
Limah : Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Ajoi, buaya bagaimana pula bunyinya?
Ajoi : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya....
Cikgu : Bunyi buaya apa tu??? *_*"
Ajoi : Buaya darat cikgu!! XD.
Cikgu : Adusss =_="



&

Polis: Tuan, pihak kami telah menemui seorang mangsa
kemalangan maut yang disyaki ialah isteri tuan. Kami perlukan tuan untuk dtg skrg ke hospital bagi tujuan pengesahan mayat mangsa.

Suami: Maaf. Sy sangat sibuk sekarang. Encik ambik gambar mangsa tu, upload kat facebook dan tag saya. Kalau betul mayat isteri saya, nanti sy akn klik "LIKE".



Nenek tua

Ada 3 orang nenek kat Rumah Orang Tua-Tua....depa nie dok sembang dalam satu bilik. Depa dok sembang pasal depa yg dah nyanyok.

Nenek 1 : Aku nie teruk betul la...kalau aku letak satu barang tu...aku dah tak ingat kat mana aku letak....

Nenek 2 : Itu kira okey ler....aku lagi teruk..kalau aku turun ke naik ke tangga...then kalau aku stop...aku dah tak ingat...aku turun ke naik.....

Nenek 3 : Apa la hang pa semua nie......aku yg tua dari korangpun stillokey lagi
(ketawa sambil tangan mengetuk-ngetuk meja) Pastu...nenek 3 terdiam sebentar......

Nenek 3 : Oit.... sapa pulak yg ketuk pintu tu???



&


Mamat yg nakal.

1 hari Mamat naik bas dan duduk di sebelah seorang ibu muda dan seksi. Ibu muda itu sedang ingin menyusu anaknya tapi anaknya menolak.

"Cepat minum, kalau adik ndak mau minum mama bagi abg sebelah minum,"si ibu memujuk anaknya. 10 minit berlalu namun anaknya masih juga tidak mahu minum.

"Kalau adik ndak mau minum mama bagi2 sama abg sebelah ni,"pujuk si ibu lagi.

Mamat yang dari tadi nampak gelisah lalu berkata "Akak tolong buat keputusan cepat, saya sudah mahu turun lagi 2 simpang di hadapan."



&


Seorang Guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan.

Guru : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu, apa yang akan kamu lakukan?
Murid: Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi!
Guru : HAH ! (terperanjat), lepas tu awak buat apa?
Murid: Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya.
Guru : Habis tu apa yang … (Mula Khuatir)
Jeng! Jeng! Jeng!
Murid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut di kaki ketika dilucutkan…
hahahaa





&


WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya.

FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang .

FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi !

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !

TWITTER : Takpa Facebook, aku back-up kau .

GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya .

MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses .

IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada !

MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer !

IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi ! !

INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde , korang lagi la takde ! Power tanpa aku ?

FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!

YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde, mana boleh buat email !

GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak !

MAXIS, CELCOM, DIGI, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu ?

TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik . . baru korang tau siapa paling power?



&

Ketika ayah sudah siap sarapan, tiba2 satu sms berbunyi di meja makan. Barulah si ayah sedar yg anaknya lupa membawa hp ke sekolah. Ayah membaca sms yg dikirim oleh seseorang yg x bernama. Alangkah terkejutnya ayah bila membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.

'' hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam? Baby tertunggu2 tau. Terus terang, baby x boleh lupakan saat2 manis bersama malam dulu. Enak sekali! Oh ye, malam ni line clear, sayang blh datang kerumah baby... X sabar nk tunggu sayang. Kita main 3 round ok? Jangan lupa bwa kondom... ''
Ayah tergamam, lalu memanggil istrinya..'Cuba ko tgk sms ni, tak tau apa nk jadi dgn anak kita ni!' Ibu seakan2 x percaya... Dia hampir pengsan membaca sms itu.
Setelah anak pulang dari sekolah si ayah terus menerpa anaknya.
'ko nak ke mana malam ni?'
'kerumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat'
'lalu apa maksud sms ni?' si ayah membentak.
'lar... Ni kan sim kad ayah... Hp ayah kan rosak. Semalam ayah sendiri tukar kan sb nk tunggu sms penting?' jwb anaknya selamba.
si ayah lari... Ibu pulak mengejar dgn penyapu...

dan
PERINGATAN PENTING!!!
Jangan masuk ke toilet pukul 23.59 pada 31/12/11. Kerana kamu hanya blh kluar tahun depan.!!! hahahaa...




QR CODE www.syahandmie.blogspot.com



Assalamualaikum.. yeahh akhirnya blog ini dah ada QR code nya sendiri.. :)
Cuba lihat gambar di atas. Mungkin ada yang pernah tengok kan gambar seperti di atas tu? itulah QR code.. QR code tu ialah singkatan dari “Quick Response Code” di mana code-code tersebut boleh diterjemahkan secara cepat dan mudah hanya menggunakan Smartphone yang ada aplikasi QR Code. QR code ni dikatakan bakal menggantikan Barcode yang terdapat di barang-barang dikedai.

Korang yang belum install lagi aplikasi ni boleh la amik kat sini.. Kaywa Reader atausnapmaze atau scanlife .. Selain tu, yang pakai android phone leh la search kat market..ada banyak kat market tuu.. :)

Kepada blogger yang ingin meletakkan QR Code di blog boleh buat kat website nihttp://qrcode.kaywa.com/ contoh seperti gambar di atas..
28/11/2011
duk di rumah mertua..jalan2 g kebun
suka sangat ya

kebun sawit bede

lada oh lada...merah menyala

lambatnya api nak hidup....kayu basah
Wahai yang terindah..
Rengkuh aku runtuhkan angkuhku
Dekap tubuhku yang tergagap harap
Genggam tanganku kepalkan rindu
Peluk jiwaku tuk cinta yang terbentuk

Wahai yang terindah..
Banyak yang menapak dan singgah 
di dinding hatiku meninggalkan jejak indah 
namun hanya kau yang terindah 

Kini setelah bulan ke tujuh puluh sembilan 
Kemana bahtera kan kita kayuh ?
Dalam gelombang riak yang kian gemuruh
Di atas perahu yang terlihat rapuh 
Namun kita yakin
Karena kita meminjam perahu Nabi Nuh

Wahai yang terindah
Kita tak pernah menantang badai
Tuk menghantam perahu kita
Meminta gelombang tuk menggulung harapan kita
Menarik terik mentari tuk membakar semuanya
Kita lah pelaut sunyi

Lautkan semua kebencian
Lautkan kisah lalu yang kau pendam
tapi tak perlu kepingan kau genggam
Biarkan hanyut hilang terdampar
dicincang dan dibawa terbang burung nasar

Kan ku urai detikdetik sepanjang hidupku
Kan ku arak malam-malam menyelimutimu
Karena ku kan selalu menemanimu
Seperti janji mentari setia menyinari bumi
Karena..
Kau lah yang terindah



Setelah 60 hari hidup bersama ku harap kita akan kekal bahagia selamanya.


I LOVE U SO MUCH!!!!!!!!!!!!!!..........
salam aiii
warkah buat isteriku
terima kasih dapat duduk dgn abg sejak hari pertama puasa..
masak sahur, masak berbuka..
yg paling spesial petang n sayang dah dapat buat kueh tepung talam.. ermmm xsabar nak berbuka n..
mwuahhhh sayang aisyah...

Drama bersiri popular TV3, JUVANA yang telah mencetuskan fenomena baru dalam penyiaran televisyen negara sejak mula bersiaran bulan April lalu, terus melakar sejarah apabila mencatatkan rekod kadar penonton yang tinggi apabila episod terakhir yang disiarkan semalam berjaya mencecah sebanyak 4.2 juta penonton! (sumber AC Nielsen) 

Mula bersiaran sejak 25 April lalu, setiap Isnin jam 9.00 malam, drama terbitan Filmscape ini mengisahkan perjalanan seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak bersalah tetapi dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh. JUVANA menampilkan gandingan hebat antara penerbit Kabir Bhatia, pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarae (Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2010), Zahiril Adzim (Pelakon Harapan Lelaki Terbaik FFM22), Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Eyka Farhana, Adam Shah, Shukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmy Hakim, Fimie Don, Khairul Mohamed dan Talha Harith. 

Episod pertama JUVANA telah mencatatkan jumlah penontonan sebanyak 2.4 juta dan drama bersiri 13 episod itu berjaya menambat hati para penonton pelbagai lapisan dan peringkat umur apabila episod seterusnya hingga ke 12 terus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dengan purata hampir 3 juta penonton setiap minggu.

Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, Puan Nurul Aini Abu Bakar berkata, “Kami sangat teruja dan bersyukur di atas sambutan luar jangkaan yang diterima sepanjang drama JUVANA bersiaran. TV3 sentiasa tampil ke hadapan dengan memperkenalkan genre drama yang baru kepada jutaan penontonnya. Misalnya, drama muzikal pertama, Hotel Mania; siri drama epik pertama, Arjuna dan kini pula JUVANA, sebuah drama bersiri yang mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.” 

“Bagi mereka yang setia mengikuti darama ini daripada episod pengenalan hinggalah ke episod terakhir, harapan kami agar JUVANA telah memberi insipirasi kepada para penonton supaya sentiasa berubah ke arah yang positif dan jangan terjerumus dengan gejala gengsterism yang hanya akan memudaratkan diri. Kejayaan akademik dan pengetahuan moral yang tinggi akan memberi jaminan kepada masa depan anda. Itulah yang ingin disampaikan oleh kami menerusi drama bersiri JUVANA,” tambah Pn. Nurul lagi. 
my viva

persiapan





bersama jurunikah & ayah mertua

sain jgn xsain

kyusuk dengar khubah

comel..

aku nikah..

aku terima nikah...alhmdllh sekali tu..

aminnn selamat


terimalah mas kawen ini



mwuahhh







ayah & mak



angah, k.yana, dini & mamat

famly relong
salam.. alhmdllh.. syukur sangat kerana semua urusan majlis perkahwinan kita berjalan lancar.. genap 24 jam abg berada dirumah ini.. tq coz semua ramah2 belaka smpai kan jiran pun hehhehe.. pagi2 dah mengemas pinggan mangkuk, pastu g kebun hehehhe firstime tngok abg2 "chok" sawit hehehe.. pasni nak g mandi sungai plak ermmm jom2..
salam aii morning.. sayang bz mekap ya hehehe.. sejam lagi abg n rombongan akan bergerak ke rumah pengantin perempuan, semoga perjalanan lancar..

Debaran akan nikah sudah selesai, alhmdullih sekali lafas ya ( walaupun terketar2 ).. sah kita sebagai suami isteri..
slm aii sayang bz bungkus hadiah2 ya.. sory xdpt tolong.. tenghri n abg balik.. selamat tinggal sekolah n hehehhe minggu depan kami berdua akan datang n tinggal disini..lagi dua hari sebelum kahwin.. semoga ALLAH permudahkan urusan majlis perkahwinan kami...aminnn..
salam aii org lain kalau dekat-dekat nak kahwin cuti tp kita heheheh sibuk nak keja...hari xde buat ape2 pun just g ppd,, ptng tanam 4 batang durian musang king tanda nak kawen hehehe.. nanti klu dah pindah,lalu sekolah n nampk pokok msti ingat punya.. k la merapu je mlm n.. xsabar nak chat dgn insan tersayang n..tata
pertama sekali menjejak kali ke bilik itu ( rumah warden ) pada 03.01.2006.. masa tu ada cikgu din, ustaz isa, cikgu zulkarami.. kerja pertama kami mengemas n basuh rumah huhu penat juga..maklumla rumah tu sebulan tidak diduduki..nasib semua ahli rumah tu sporting.. kalau masa makan kami semua akan pergi ke rumah cikgu mat, rumah tu ada cikgu zaidi, cikgu budin.. best masa tu semua masuk dlm hari ahad, kalau nak keluar kami keluar sama2 coz jalan bahaya dgn binatang buas..kini semua itu hanya kenangan..setelah 5 tahun 5 bulan 3 hari akhirnya keluar juga dari bilik itu.. semalam basuh rumah baru, hari ini pindah semua barang.. alhamdullah rumah baru untuk isteriku tersayang siti aisyah..hope sayang suka.. xsabar n nak duduk sama hehehe.. k jumpa lg..
morning mwuahhh.. pg n nak pindah barang-barang ke rumah baru.. nak kemas2 cikit .. sayang nak basuh periuk belanga ya hehehe sory xdpt tolong.. k bye
morning dear..
xmandi lg n hehehe
jap lg nak basuh rumah baru, teruja betul hehehhe basuh pagi n petang leh angkat barang cikit2..
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang 
disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini  
dialog mereka:
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai yang!
 
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang 

dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'
Si isteri  tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

'Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang  bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah  engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum?  Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku  tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?  Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh  dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.'
 

SINAR CAHAYA AYAT KURSI Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor  syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di  hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri  terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.  Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...