apsal facebook ku x boleh sign in ni..aduiii.
Saya just tolong upload kan gambor model bersame kelah yang berada di kolam sekolah.
sungguh besar, mencecah berat 3.8 kg.. dahsyattt..




melayari internet sambil menikmati nasik goreng sotong ermmmmm sedapp.
dalam menunggu jadi ke x akhirnya bertolak juga pada jam 9.15am..
6 biji motor iaitu 9 nyawa.. abang, aisyah, man, botak, nor, ustazah, saiful, jidin & ramli.
jalan yang agak mencabar. jalan sempit, bukit2, lalu di bawah rimbunan buluh n redah sungai..
untuk sampai ke sekolah telanok makan masa setengah jam dan kami sampai ke destinasi pada pukul 10.30am iaitu kampung orang asli terakit.
Geng lelaki ni sibuk membeli ikan, kitorang yg perempuan ni nak g la tumpang tandas umah PPRT oa x pasal2 kene salak ngn anjing, terduduk kt tepi dinding aduiii xpernh nk kne gigit ngn anjing, nasib baik ade tuan die kt situ kalo x xtau la camne nasib kami be3..
setelah selesai smuanya kami bertolak pulang dan singgah ditepi sungai untuk makan2 bekal yang di bawa. nasik goreng & mee goreng..itulah untung nya ade perempuan yang ikut heheheee..
akhirnya kami selamat sampai dimenson pada jam 1.00pm..
alhamdulillah semuanya selamat (",)..
orang menson ni giler kelah blake..
pagi ni konon nya nak g menjala ke telanok xtau jadi ke x sbb ade ade pulak orang asli datang bawak kelah..
pagi ni aisyah bagun awal2 masak nasik goreng nak bawak bekal, barang2 semua dah prepare ni ishhh3..jadi ke x niii.
Malam tadi Aisyah & Zulhilmi buat rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri dan bersempena kesyukuran dapat bertukar dari SK Tersang ke SK Tanah Rata alhamdulillah bersyukur padamu Ya Allah..
Majlis bermula 8.00 malam hingga 11.00 malam. Majlis berjalan lancar.
Menunya Laksa Penang, Lemang cicah Sardin. Kelamir (lemang tepung) puding roti dan Kuih2 raya. Air Strawberry n Teh O.
menunya simple2 aje.. ramai jgk yang bertandang. yang duduk quarters ni smua datang, dari luar ade 2 3 orang je. terima kasih kawan2 smua yang sudi hadir (",) semoga persahabatan yang terjalin kekal ke akhir hayat aminnn.
Hari kedua pelajar bertambah la sket..kalau semalam 5 orang harini 9 orang, ade la peningkatan..
sebenarnya tak tau lagi ajar tahun berapa sebenarnya..2 hari ni masih ajar tahun 3.. kalau nak diikutkan ustazah sana suruh ngajar tahun 5 sebab sekolah lame Aisyah ngajar tahun 5 tapi lebih selesa ajar tahun 3. sebab tahun 5 ni ade periksa UPKK. aduishhh.
1st day pegi tempat keje baru abang yang hantar, tq sayang.
bertolak lepas zohor di Menson lebih kurang 1.40pm, sampai 2.15 di SK Tanah Rata.. lapor diri di pejabat Guru Besar (En. Fuad), nampak macam ramah orangnya. Guru KAFA skolah tu ade 3 orang, patutnya empat orang,kire ade kekosongan lagi 1.
 Aisyah mengajar tahun 3, budak2 skolah tu kire ok la sebab mase suruh bace jawi n bace surah2 pilihan smua kire boleh bace..Alhamdulillah..

SUKACITA DIMAKLUMKAN PERTUKARAN PUAN DARI SK TERSANG KE SK TANAH RATA BERKUATKUASA 5/9/2011..

Khamis 25/8/2011 adalah hari terakhir mengajar di sk tersang..alhamdulillah urusan pertukaran ke sk tanah rata dipermudahkan,syukur kepadamu YA ALLAH.. lepas raye ni start mengajar di sk tanah rata dan tinggal bersama suami di menson.. jadilah rakyat menson hahaa (",) borrrrrrr..
buat suami tercinta selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..
semoga jodoh kite kekal ke akhir hayat aminn..



▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam



Wahai yang terindah..
Rengkuh aku runtuhkan angkuhku
Dekap tubuhku yang tergagap harap
Genggam tanganku kepalkan rindu
Peluk jiwaku tuk cinta yang terbentuk

Wahai yang terindah..
Banyak yang menapak dan singgah 
di dinding hatiku meninggalkan jejak indah 
namun hanya kau yang terindah 

Kini setelah bulan ke tujuh puluh sembilan 
Kemana bahtera kan kita kayuh ?
Dalam gelombang riak yang kian gemuruh
Di atas perahu yang terlihat rapuh 
Namun kita yakin
Karena kita meminjam perahu Nabi Nuh

Wahai yang terindah
Kita tak pernah menantang badai
Tuk menghantam perahu kita
Meminta gelombang tuk menggulung harapan kita
Menarik terik mentari tuk membakar semuanya
Kita lah pelaut sunyi

Lautkan semua kebencian
Lautkan kisah lalu yang kau pendam
tapi tak perlu kepingan kau genggam
Biarkan hanyut hilang terdampar
dicincang dan dibawa terbang burung nasar

Kan ku urai detikdetik sepanjang hidupku
Kan ku arak malam-malam menyelimutimu
Karena ku kan selalu menemanimu
Seperti janji mentari setia menyinari bumi
Karena..
Kau lah yang terindah



Setelah 60 hari hidup bersama ku harap kita akan kekal bahagia selamanya.


I LOVE U SO MUCH!!!!!!!!!!!!!!..........
Bila dahaga, yang susukan aku…..mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku…..mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari…….pasanganku
Bila sedih, aku cari……mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…..mak
Bila sambut anniversary … Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

Tajuk Drama : Ramadhan Terakhir Siaran : TV3 – Slot Samarinda Tarikh Siaran : 26 Julai 2011 Waktu Siaran : Selasa Hingga Khamis 10:30 Malam
Pelakon Ramadhan Terakhir Di TV3
Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Eyka Farhana dan Nur Anzalna.
Sinopsis
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?
salam aiii
warkah buat isteriku
terima kasih dapat duduk dgn abg sejak hari pertama puasa..
masak sahur, masak berbuka..
yg paling spesial petang n sayang dah dapat buat kueh tepung talam.. ermmm xsabar nak berbuka n..
mwuahhhh sayang aisyah...
sambut ramadhan bersama suami di menson (",)

Drama bersiri popular TV3, JUVANA yang telah mencetuskan fenomena baru dalam penyiaran televisyen negara sejak mula bersiaran bulan April lalu, terus melakar sejarah apabila mencatatkan rekod kadar penonton yang tinggi apabila episod terakhir yang disiarkan semalam berjaya mencecah sebanyak 4.2 juta penonton! (sumber AC Nielsen) 

Mula bersiaran sejak 25 April lalu, setiap Isnin jam 9.00 malam, drama terbitan Filmscape ini mengisahkan perjalanan seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak bersalah tetapi dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh. JUVANA menampilkan gandingan hebat antara penerbit Kabir Bhatia, pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarae (Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2010), Zahiril Adzim (Pelakon Harapan Lelaki Terbaik FFM22), Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Eyka Farhana, Adam Shah, Shukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmy Hakim, Fimie Don, Khairul Mohamed dan Talha Harith. 

Episod pertama JUVANA telah mencatatkan jumlah penontonan sebanyak 2.4 juta dan drama bersiri 13 episod itu berjaya menambat hati para penonton pelbagai lapisan dan peringkat umur apabila episod seterusnya hingga ke 12 terus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dengan purata hampir 3 juta penonton setiap minggu.

Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, Puan Nurul Aini Abu Bakar berkata, “Kami sangat teruja dan bersyukur di atas sambutan luar jangkaan yang diterima sepanjang drama JUVANA bersiaran. TV3 sentiasa tampil ke hadapan dengan memperkenalkan genre drama yang baru kepada jutaan penontonnya. Misalnya, drama muzikal pertama, Hotel Mania; siri drama epik pertama, Arjuna dan kini pula JUVANA, sebuah drama bersiri yang mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.” 

“Bagi mereka yang setia mengikuti darama ini daripada episod pengenalan hinggalah ke episod terakhir, harapan kami agar JUVANA telah memberi insipirasi kepada para penonton supaya sentiasa berubah ke arah yang positif dan jangan terjerumus dengan gejala gengsterism yang hanya akan memudaratkan diri. Kejayaan akademik dan pengetahuan moral yang tinggi akan memberi jaminan kepada masa depan anda. Itulah yang ingin disampaikan oleh kami menerusi drama bersiri JUVANA,” tambah Pn. Nurul lagi. 
harini jenjalan di jusco n shoping2 sket (",)
sejak ptg khamis berada di menson..best sekarang KAFA dah 3 hari seminggu (isnin, selasa, khamis)..
walau duduk berasingan sekarang dah banyak mase duduk bersama..alhamdulillah..semoga allah permudahkan segala urusan pertukaran ke tanah rata..aminn

 bersanding di pelamin

 senyuman mesra raja sehari

moga kekal ke akhir hayat aminn..

 dihadapan meja santapan yang sungguh enak.
 
 

family tersang
  ayah & mak

along & k.long dan muqriz

                     angah & k.yana (dini & hadif)

                                  bede & k.imah

                        adik

                          pokok pisang tepi kolam (",)

lambaian menghantar pulang rombongan tersang
(zulhilmi & aisyah)  (zulkefli & hasimah)







2 pasang mempelai

semoga kekal ke akhir hayat aminn..
sepasang mempelai purple

kamar beradu (",)

family relong tp ramai yang xde

family tersang, complete smua ada. cuma tunggu tambah orang baru jer hehehee..
my viva

persiapan





bersama jurunikah & ayah mertua

sain jgn xsain

kyusuk dengar khubah

comel..

aku nikah..

aku terima nikah...alhmdllh sekali tu..

aminnn selamat


terimalah mas kawen ini



mwuahhh







ayah & mak



angah, k.yana, dini & mamat

famly relong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...