Amatlah sia-sia jika berlapar tanpa memahami konsep kesama-rataan terhadap
golongan fakir di bulan puasa ini. Apalah gunanya berlapar serta menahan hawa
nafsu sepanjang hari jika kos berbuka puasa selama 30 hari sama banyak dengan
kos barang dapur selama dua bulan di bulan lain.
Apalah gunanya jika memahami erti lapar dan kesusahan si fakir tapi masih
juga berasak-asak ke SOGO di hujung Ramadhan untuk mengenyangkan nafsu beli
belah atas alasan meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa kerana telah
dikaburi dengan tawaran "setahun sekali" tokey2 gedung. Sedangkan
menyambut kemenangan dan melakukan pembaziran adalah dua perkara yang sangat2
berbeza.
Jika kelazatan ayam percik dan smoothies banana dari chef terkenal sewaktu
berbuka puasa kembali membutakan fikrah yang telah bersusah-payah berjuang di
siang hari sehingga tiada pemahaman terhadap konsep kesama-rataan dan kebuluran
si fakir miskin, maka jauh sekalilah untuk fikrah memahami dan mendalami
sejarah asal usul menatang yang on SELAMAT BERPUASA DAN
BERAMAL
0 komen:
Post a Comment
sila la komen