Assalamualaikum semua.. sedar tak sedar kita dah ke penghujung tahun 2011.. macam sekejap je rasakan? Itulah selalu yang dipersoalkan.. masa hari biasa (hari yang lepas-lepas) kita tak cerita pulak kan? dah nak penghujung baru nak sibuk nak ingat balik apa azam tahun lepas.. haha
Azam hanya tinggal azam, yang belum tercapai azam tu bawalah ke tahun depan ye.. yang dah tercapai alhamdulilah, dapatlah buat azam baru tahun depan. hehe, macam aku, azam aku pun lom tercapai lagi sebenarnya.. insyaAllah bawak ke tahun hadapan bersama azam-azam yang baru untuk lebih menyengat.. hhaa
Hmm, selain itu, hari juga ada rahsianya – rahsia disebalik hari dan hari ini merupakan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat.Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Tapi tahukah anda, Jumaat ini merupakan Jumaat terakhir untuk tahun 2011? ya betul lepas ni tiada lagi Jumaat untuk tahun 2011, ianya dah kekal sebagai memori..Mungkinkah kita dapat bersama lagi di hari Jumaat tahun hadapan? Tak semua tahu.. Jadi semoga hari ini memberikan seribu erti buat kita semua di hari terakhir Jumaat 2011.. InsyaAllah
0 komen:
Post a Comment
sila la komen