Fungsi button Facebook Like, tak perlulah aku terangkan di sini, kerana korang sendiri pun maklum dengan fungsinya, lagipun, ia button Facebook paling digemari, paling banyak diguna dan diklik tak kira masa! Hahaha... Tapi bila korang tengok gambar kat atas tu, mesti korang tertanya-tanya apa fungsi button Send ini??
Secara ringkasnya, fungsi button Send ini ialah untuk membolehkan korang menghantar maklumat atau post (bagi blog) ke akaun FB kengkawan, atau emel kengkawan korang, dan juga group FB yang korang join itu, hanya dengan satu klik sahaja. Ia berbeza dengan button Share, di mana maklumat atau post (bagi blog) yang hendak dikongsi HANYA dipaparkan di dinding mesej (message wall) FB korang sendiri. Jadi, kalau korang nak share maklumat dan post korang di wall message group2 FB yang korang join itu, disyorkan korang pakai button Send ini.
Untuk meletakkan button FB Like / Send ini ke dalam blog korang, terdapat dua (2) tempat yang biasa digunakan oleh mana-mana blogger, iaitu:
A) Letak di bahagian bawah post 1) Login akaun blogger korang > Dashboard > Nama Blog > Template > Edit HTML > Expand Widget Templates (Baik korang bekap dulu template blog korang.)
2) Gunakan fungsi find (Ctrl+F atau F3), cari kod ini:
<data:post.body/>
3) Copy kod dibawah ini.
<!-- Facebook Like+Send button Start --><b:if cond='data:blog.pageType != "static_page"'><div style='float:left;padding:5px 5px 5px 0;'><script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1' type='text/javascript'></script><fb:like expr:href='data:post.url' font='' layout='standard' send='true' show_faces='false' width='450' colorscheme='light'></fb:like></div></b:if><!-- Facebook Like+Send button End -->
4) Paste code tersebut, dibawah code yang korang cari kat langkah no. 2 ini.
5) Preview dulu. Kalau takde error, save template. Siap. :)
B) Letak di bahagian atas post
Jikalau ada antara korang lebih suka letak button FB Like / Send di bahagian atas post, iaitu di antara
Tajuk Post dengan
Isi Post (sebab pernah terjumpa beberapa blog buat macam ni), korang buat seperti berikut:
1) Cari kod ini:
<div class='post-header-line-1'/> , atau
<div class='post-header-line-1'> (mana yang kena)
2) Copy code dibawah ini:-
<div style='float:left;padding:4px;'><!-- Facebook Like+Send button Start --><b:if cond='data:blog.pageType != "static_page"'><div style='float:left;padding:5px 5px 5px 0;'><script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1' type='text/javascript'></script><fb:like expr:href='data:post.url' font='' layout='standard' send='true' show_faces='false' width='450' colorscheme='light'></fb:like></div></b:if><!-- Facebook Like+Send button End --></div>
3) Paste code tersebut, dibawah code yang korang cari kat langkah no. 1 ini.
4) Preview dulu. Kalau takde error, save template. Siap. :)
Oh ya! Kod di atas adalah jenis 'standard', macam yang korang nampak kat bahagian bawah post ini. Tapi, jikalau korang lebih suka button yang berlainan daripada yang jenis standard ini, itu tak susah. Korang cuma copy semula mana-mana kod FB Like dan Send yang korang suka kat atas tadi, tetapi, korang cuma peratikan 2 kod yang paling penting ini sahaja, iaitu:
- layout='jenis_button'
- width='nombor'
Jenis-jenis button Facebook Like / Send yang lain, serta kod-kodnya yang perlu korang tukar:
button_count (saiz kecil, jenis bernombor di tengah)
- layout='button_count'
- width='150'
box_count (saiz besar, jenis bernombor di atas)
- layout='box_count'
- width='110'
Senang, kan, nak tukar style button FB Like / Send ini? Hehehe... itu pendapat aku jer, lagipun, 'kacang' pulak tu. Korang lak, macam mana?
Satu lagi tips: Kalau korang cuma nak "Like" button sahaja, tak mahu button "Send", caranya, mudah jer, iaitu:
- Copy mana-mana code FB Like / Send kat atas.
- Cari kod ini: send='true'
- Tukar kepada: send='false'
Mudah, kan? :D
Harap-harap tutorial ini tidak memeningkan kepala korang sumer untuk mencubanya. Selamat mencuba!