Membina mahligai perkahwinan sememangnya disifatkan sebagai satu peristiwa yang berlaku sekali seumur hidup. Lantas, tidak hairanlah jika ramai pasangan membelanjakan berpuluhan ribu dolar hanya untuk melangusngkan majlis perkahwinan. Namun, jika tidak berhati-hati dalam merancang bajet perkahwinan, anda dan pasangan akan berdepan dengan masaalah kewangan kelak. Berikut adalah beberapa garis panduan dalam merancang bajet perkahwinan agar anda berdua dapat menguruskannya dengan sempurna. Meletakan Bajet Fikirkan berapakah jumlah kewangan yang diperlukan untuk melangsungkan perkahwinan anda. Sifat berserdahana dituntut dalam Islam pada setiap perkara. Maka berbelanjalah berdasarkan kemampuan anda dan elakkan daripada mengambil pinjaman peribadi secara berlebihan. Ini kerana ia boleh membawa kemudaratan dalam rumahtangga yang baru dibina kelak. Berbincang Bersama Perbincangan mengenai perkahwinan anda dan pasangan adalah mustahak. Ini bagi mengelakkan pembaziran dan terus mengekalkan bajet perkahwinan anda. Pastikan bahawa keputusan yang dicapai dipersetujui secara bersama. Ini bagi mengelakkan ungkit mengungkit di belakang hari. Senarai keutamaan Jika anda mempunyai bajet yang terhad, cara yang terbaik ialah memberi keutamaan pada perkara-perkara yang penting. Ini seperti tempat majlis, makanan, mak andam, kerusi meja, cenderahati dan jemputan. Ini semua adalah lebih penting jika dibandingkan dengan dekorosi tempat majlis, muzik dan penggambaran di luar. Dari itu, buatlah pilihan yang tepat. Berkongsi perbelajaan Ini selalunya jika majlis diadakan bersama di hotel, dewan serbaguna atau sebagainya. Para jemputan yang hadir dijemput oleh kedua pasangan pengantin dan keluarga. Dari itu, memanglah sepatutnya berkongsi kewangan dalam perbelanjaan bagi majlis perkahwinan itu. Akan tetapi jika ada adat tradisi yang harus diperhatikan seperti ‘buka kipas', pihak pengantin lelaki seharusnya yang membayar ongkosnya. Buat kajian pembekal dan harga Sebaik-baiknya buat kajian mengenai khidmat pembekal. Pastikan anda memeriksa mutu perkhidmatan mereka yang mengendalikan majlis anda sebelum membuat tempahan bertulis agar jangan hanya indah khabar dari berita. Ini kerana perkhidmatan yang tidak memuaskan akan menyebabkan kekecewaan dan tidak secara langsung ‘merosakkan' kemeriahan majlis. Dari itu, "Biarlah alah membeli menang memakai". Membuat bandingan pakej perkahwinan pula dapat membantu anda bajet berdasarkan kemampuan anda. Dari itu, anda harus membuat kajian terperenci mengenai harga sebenar atau jangkaan katerer, deko, andaman dan sebagainya sebelum membuat pilihan. Dengan ini, jika kos perbelanjaan terlebih dari bajet, anda masih boleh membuat pindaan. Senantiasa semak bajet anda bagai memastikan anda berada dalam landasan yang betul. Anda juga harus mencatit setiap perbelanjaan dan menyimpan resit sebagai bukti pembayaran. Ini kerana ia boleh dijadikan bukti jika ada sebarang keraguan terhadap pembyaran yang telah dilunaskan. Kesimpulannya, anda harus pastikan bajet anda berada pada landasan yang betul agar kehidupan baru anda tidak dibelengu dengan kemelut kewangan. Hakikatnya, majlis perkahwinan sepatutnya menjadi acara yang meriah, bahagia dan mampu memahat kenangan indah. |
Himpunan Khutbah Bulan Jamadil Awwal
1 month ago
0 komen:
Post a Comment
sila la komen