1) Apabila seseorang wanita itu mula berasa sakit hendak melahirkan bayinya,maka Allah telah memberikannya pahala bagai orang berjihad ke jalan Allah.

2) Setelah wanita itu melahirkan anaknya,maka terhapuslah segala dosa2nya ibarat seperti baru dilahirkan semula.

3) Setiap urat yg putus semasa melahirkan itu maka Allah beri pahala bagaikan orang yg menunaikan haji.

4) Setelah lahir bayi itu disusui,maka setiap titis air susu itu diberi pahala dan kebajikan oleh Allah.

5) Seorang ibu yg menyusui bayinya sehingga tempoh dua thn,maka para malaikat dilangit akan mengkhabarkan bahawa syurga adalah wajib untuknya.

6) Apabila seorang ibu memberikan susunya kepada bayinya yg sedang menangis kelaparan,maka Allah memberikannya bersamaan setahun solat dan berpuasa.

7) Seorang ibu yg bersengkang mata pd waktu mlm kerana menjaga anaknya yg sakit,Allah memberinya pahala bagai memerdekakan 70 org hamba.

8) Seorang ibu yg menghiburkan hati anaknya,Allah memberinya 12 thn pahala beribadat.

Oleh itu wahai ibu-ibu sekalian jgnlah sekali-kali kita berasa terbeban dengan cabaran yang kita hadapi sedari mengandung hinggalah membesarkan seorang bayi itu..kerana nikmat pahala yang Allah kurniakan tidak terkira banyaknya...Alhamdulillah.
PUTRAJAYA: Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.
Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.
Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.
Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah:
1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.
ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:
“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”
“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?
Kisah seekor anak kucing yang kecil.                                                                 

Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. Kata kuda itu :“Kamu pasti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui kalau pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya. Saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis & bongkak.

Anak kucing yang kecil itu
menundukkan kepalanya & pergi.
Lalu dia mendengar seekor lembu di
kandang sebelah berkata : “Saya

adalah binatang yang paling
terhormat di sini sebab tuan di sini
membuat keju & mentega dari susu
saya. Kamu tentu tidak berguna bagi
keluarga di sini”, dengan nada
mencemuh & bangga.

Teriak seekor keldai : “Hoi lembu!
Kedudukanmu tidak lebih tinggi dari
saya. Saya memberi mantel bulu
kepada pemilik ladang ini. Saya
memberi kehangatan kepada
seluruh keluarga. Tapi kata-katamu
mengenai anak kucing kecil itu,
sememangnya kamu memang
benar. Dia sama sekali tidak ada
manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut
serta dalam percakapan itu sambil
menceritakan betapa tingginya
kedudukan & peranan mereka di
ladang itu. Ayam pun berkata
bagaimana dia telah memberikan
telur. Semua binatang sepakat kalau
si anak kucing yang kecil itu adalah
mahluk yang tidak berguna sama
sekali & tidak mampu memberikan
apapun sumbangan kepada
keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-
binatang lain, anak kucing yang
kecil itu pergi ke tempat sepi & mulai
menangis meratapi nasibnya. Sedih
rasanya. Sudahlah yatim piatu,
dianggap tidak berguna, disingkirkan
dari pergaulan lagi..

Ada seekor anjing tua di situ
mendengar tangisan tersebut, lalu
mendengar keluh kesah si anak
kucing yang kecil mungil itu.
“Saya tidak dapat memberikan
layanan kepada keluarga disini &
sayalah haiwan yang paling tidak
berguna disini.”
Kata anjing tua itu : “Memang benar
bahawa kamu terlalu kecil untuk
menarik pedati, kamu tidak bisa
memberikan telur, susu ataupun
bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu
menangisi sesuatu yang tidak bisa
kamu lakukan. Kamu harus
menggunakan kemampuan yang
diberikan oleh Sang Pencipta untuk
membawa kegembiraan &
kebahagiaan. ”

Malam itu ketika pemilik ladang
baru pulang & tampak amat lelah
kerana perjalanan jauh di panas
terik matahari. Anak kucing yang
kecil itu lari menghampirinya,
menjilat kakinya & melompat ke
dalam pelukan tuannya. Sambil
menjatuhkan diri ke tanah, pemilik
ladang & anak kcuing yang kecil itu
berguling-guling di rumput disertai
tawa ria. Akhirnya pemilik ladang
itu memeluk dia erat-erat &
mengusap-usap kepalanya, serta
berkata : “Meskipun saya pulang
dalam keadaan letih, tapi rasanya
semua jadi sinar & indah bila kau
menyambutku semesra ini. Kamu
sungguh yang paling berharga di
antara semua binatang di ladang ini,
kecil-kecil kamu telah mengerti
ertinya kasih..”

Jangan sedih kerana kamu tidak
dapat melakukan sesuatu seperti
orang lain kerana memang tidak
memiliki kemampuan untuk itu,
tetapi apa yang kamu dapat lakukan,
lakukanlah itu dengan sebaik-
baiknya..
Dan jangan sombong jika kamu
merasa banyak melakukan
beberapa hal pada orang lain,
kerana orang yang tinggi hati akan
direndahkan & orang yang rendah
hati akan ditinggikan.

"Everyone thinks of
changing the world but no
one thinks of changing
himself.."
(Leo Tolstoy)

Nabi Muhammad s.a.w
bersabda,
“Bertaqwalah kepada
Allah dimana jua engkau
berada & balaslah
perbuatan buruk dengan
perbuatan baik nescaya
kebaikan itu akan
menutupi keburukan &
bergaullah sesama
manusia dengan akhlak
yang baik..”
(Hadis Riwayat At-
Tirmidzi)
Abah semasa kerja askar

abah bersama we sungai ular

abg najib, long, saya la n kak ngah

mak n kawanya...
                                       














hai saje2 upload...


al-fatihah buat arwah aboh tersayang.. rumah abah yang buat..





mandi bersama ustazah n saiful sambil makan2.. laksa ada, jagung n sosej bakar..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...