morning dear..
xmandi lg n hehehe
jap lg nak basuh rumah baru, teruja betul hehehhe basuh pagi n petang leh angkat barang cikit2..
blog oh blog..
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang 
disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini  
dialog mereka:
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai yang!
 
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang 

dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'
Si isteri  tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

'Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang  bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah  engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum?  Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku  tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?  Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh  dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.'
 

SINAR CAHAYA AYAT KURSI Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor  syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di  hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri  terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.  Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Syukur sangat2 coz dapat sign in blog ini.. setelah seminggu xleh buka.. munkin ada org ganggu passwrd email n .. ape2 pun syukur sangat2..
semoga semuany berjalan lancar..selamat pergi, selamat pulang..
enjoy your camping sayang..
luv you..


Bateri laptop cepat ‘kong’ memang memberi masalah. Terutama apabila kita nak menggunakan wifi di tempat terbuka. Mesti leceh apabila di saat penting menggunakan laptop, bateri laptop habis.
Berikut saya kumpulkan beberapa teknik yang boleh digunakan untuk manjaga bateri laptop supaya tahan lama.
1.JANGAN gunakan laptop sambil meletakkan di peha. Bateri laptop akan cepat menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun.
3.JANGAN meletakkan laptop pada permukaan yang lembut. Kononnya pada sofa dan tilam dan sebagainya. Sebab permukaan seperti itu akan mengurangkan aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menimbulkan overheating.

4.JANGAN sampai berlaku ‘contact’ pada kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek yang dibuat dari metal seperti klip kertas,syiling nipis dan sebagainya.
5.JANGAN sampai bateri laptop termasuk laptop itu sendiri diberi tekanan yang berlebihan seperti terjatuh, terhempas, terhimpit atau terhempap oleh benda berat diatasnya. Contohnya dihempapkan dengan buku-buku yang berat. Perkara ini akan mengakibatkan sirkit di dalam bateri kemungkinan boleh berlaku hubungan arus pendek (shorting) yang kemudiannya akan mengakibatkan overheating.
6.JANGAN letakkan laptop di tempat yang sangat panas. Contohnya di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diparking cukup lama di tempat terbuka pada siang hari.
7.JANGAN sampai laptop ataupun bateri terkena air atau basah. Meskipun akan kering dan dapat berfungsi normal. Sirkit di dalam laptop ataupun bateri lama-kelamaan akan berkarat dan boleh juga menjejaskan keselamatan penggunanya.
8.JANGAN sampai anda tidak faham cara menggunakan bateri laptop. Menyimpan dan “mencharge” bateri dan laptop ada di dalam buku manual. Gunakan bateri laptop seperti anda ‘melayan’ bateri handphone.
9.JANGAN mencharge bateri terus menerus setelah bateri telah berisi ‘full’. Namun begitu dikatakan untuk laptop-laptop keluaran terkini sudah mempunyai teknologi yang lebih canggih untuk mengatasinya.




Tq kepada anak-anak ini.. teruskan berjuang..


Peliharakan Kaki Semasa Berjalan,
Peliharakan Lidah Semasa Berkata;
Sabda Nabi Dijadikan Panduan,
Tuntutlah Ilmu Hingga Ke China.

Belayar Bernakhoda,
Berjalan Dengan Yang Tahu;
Ketika Ilmu Ditimba,
Biarlah Kita Berguru.

Teratai Melati Melur Dan Mawar,
Bunga-Bungaan Harum Dan Wangi;
Guru Laksana Pelita Pelajar,
Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.

Di Mana Ada Kemahuan,
Di Situ Ada Jalan;
Jasamu Guru Tak Akan Dilupakan,
Budimu Guru Sentiasa Dalam Ingatan.
jam dah lebih 1pagi mate blum ngntuk, nak call abg mie cm mengganggu plak, tadi call 1030 pun dh tido, maybe penat sangat harini ni g gambang waterpark n sukaneka..
time2 camni ape nak buat, bile mate x ngntuk perut pun mule la lapar aduiii..pas mkn tido hahahaaa.. idea yg kurang bijak..pe2 pun kne isi jgk perut ni..


terima kasih abg mie hadiahkan lampu ni, cun sangat..cahaya menemani tidur (",)
“aku rindu dia,
tahukah dia aku merindukannya ?”
Tanpa sedar setitik air mata jatuh
Mengiring kerinduan yang tak tertahankan lagi

Kembali ku berbisik lirih dengan kepala tertunduk
“aku sayang dia, aku rindu dia”
Kenangan masa indah kembali membayang
Oh Tuhan…
Aku amat merindukannya

NEW DELHI: Sebuah kerajaan negeri mengarahkan pengantin wanita mengurangkan berbual di telefon bimbit dalam tempoh dua tahun pertama perkahwinan bagi mengelak rasa cemburu pasangan masing-masing.
Suruhanjaya Wanita Punjab mengeluarkan arahan rasmi mengenai perkara itu minggu lalu dan menggesa pengantin wanita memberi fokus kepada hal rumah tangga berbanding berborak di telefon bimbit.

Ketua suruhanjaya itu, Gurdev Kaur Sangha, berkata arahan itu boleh mengelakkan rasa curiga di antara pengantin baru sementara mereka menyesuaikan diri sebagai suami isteri.
“Saya dapati hampir 40 peratus wanita menuntut cerai apabila suami dan keluarga mentua mereka kurang senang dengan perbuatan mereka berborak panjang di telefon bimbit,” katanya.

Di kalangan suami pula, kata Gurdev, mereka bimbang jika isteri berhubung dengan bekas kekasih masing-masing. - AFP

p/s : logik ke x? heheee
7.30
8.30
9.30
10.30
11.30
12.30
13.30
14.30
15.30
16.30
17.30
misss uuuu...
AJAIBNYA TANGAN IBU Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap, Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman, Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata, Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia, Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang, Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,  Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang. Namun, Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap, Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata, Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu? Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad... Ketika jenazah ibu nak dimandikan... di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir. Tangan ibu, tangan ajaib... Sentuhan ibu, sentuhan kasih... Boleh membawa ke Syurga Firdausi... Ciumlah tangan ibu, Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi.

Kami mengucapkan SELAMAT HARI IBU - PUAN KAMARIAH & PUAN ROKIAH
pagi tadi bertambah ahli kluarga baru, kucing jalanan beranak kt umah..anak 3 ekor tomey2 blake, huh seb baik ayah bg bela,asalkn jgn bwk masuk umah..duk kt reban ketit n mkn pn kt situ jgk..x kesah la janji dpt tengok hari2. ni pun baru lps g tengok..sekor itam smua, sekor putih smua, sekor lg loreng2..yg putih tu cm arnab la plak..arnab 2 ekor mati dpt pengganti anak kucing 3 ekor syukur alhamdulillah..orang sbelah umah (abg die) mintak anak die, sorry beb xdapek nk nolong..
'yang hilang akan berganti tp yg berganti x kan same dgn yg hilang'
kite tau abg mie x ske kucing..

Koleksi Ucapan Selamat Hari Jadi

AWAN BERARAK CERIA
TIADA TITIS HUJAN
POHON MELAMBAI
TANDA SOKONGAN

KUSUSURI PERJALANAN
BERTEMANKAN SENYUMAN
DI HARI LAHIR MU
KEKASIH KU
DEDAUN BEGUGURAN
MENITIKAN KEDEWASAAN
WALAU TANPA MATA & HATI YANG
NAMUN CUKUP UNTUK KU…
SEGAR DAN UCAPAN
SELAMAT HARI LAHIR
IRINGAN DOA KU HULUR
BERSYUKUR KEPADANYA
ATAS NIKMAT USIA
USIA MU IBARAT MUTIARA
TIADA BERGANTI LAGI
HIASKAN IMAN BERSULAM TAQWA
AGAR SEMPAT MENGUCUP
HARUMAN SYURGAWI

today my birthday (",) 24th
skrg abg mie on the way balik menson, semoga selamat sampai sayang.
Sayang aku sangat menyayangimu
Jangan pernah dirimu lupakan aku
Kerana aku disini slalu merindumu. .
Baik baik sayang
Jangan lah dirimu nakal
Tunggu aku datang
Kembali untuk menemanimu lagi
i miss you alot sayang

lokasi, gunung keriang alor star kedah.

Salam aii semalam sekeluarga g bercuti di cameron hyhuhuhu.. abg long n kak long belanja penginapan..tq tq.. so kami tido di natasya resort.. best hehehe.. 
bangunan

kata org melayu " beranda "

bilik "mahmuh"

cantik

best2


WEEKDAY RATE
 NORMAL RATESCHOOL HOLIDAY RATEPEAK RATE
With breakfastRM 310 nettRM 360 nettRM 480 nett
Exclude breakfastRM 250 nettRM 300 nettRM 420 nett


WEEKEND RATE
 NORMAL RATESCHOOL HOLIDAY RATEPEAK RATE
With breakfastRM 380 nettRM 410 nettRM 480 nett
Exclude breakfastRM 320 nettRM 350 nettRM 420 nett

 
    Peak Dates
  • 5 Nov (Deepavali)
  • 14 Nov - 16 Nov (Hari Raya Haji)
  • 5 Dec - 6 Dec (Awal Muharram)
  • 23 Dec - 2 Jan 20011 (Christmas-New Year)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...