terima kasih zulhilmi diatas pemberian 12 kuntum bunga ros segar diiringi 3 kuntum bunga daisy, sweet sangat..
sejambak bunga..terharu i huhuuu..


12 kuntum ros merah


daisy oren
                                                                            

daisy pink
                                                                             


daisy merah
                                                                            

thank sayang, muaxsss

                                                                  
inilah salah satu syarat perkahwinan yang telah kami settle kan..



inilah suasana kelas kafa yang kite ajar di sk tersang, mase ni dorg tengah menghafal bacaan dalam sembahyang, tiap2 orang mesti hafal depan ustazah..



 geng budak perempuan yang senang nak ajar sbb mudah dengar kate..alhamdulillah.


 yang berdiri kt depan ni bdk2 yg hyperaktif sket..kalo suruh menghafal kt tempat masing2 alamatny cerite kartun yang kuar,suare dorang ni bleh buat suara kite tenggelam..adoi sakit tekak ustazah.


 antara latihan2 yang diorang kene buat hahaa..siap korang dgn ustazah.


yang ni tasbih kafarah, baru suruh hafal tadi..setiap kali sbelum abis kelas kne bace 3x beserta surah al-asr, 

1) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
 

(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau) melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.[1]

2) Daripada Abu Barzah RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau). Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”.
[2]

3) Daripada Abdullah bin Amr bin Al-As: Sesungguhnya baginda (SAW) telah berkata: “Suatu ucapan yang tidak diucapkan oleh seseorang apabila hendak bangun meninggalkan majlis sebanyak 3 kali melainkan dihapuskan dosa yang telah dilakukan dalamnya, dan tidak diucapkannya dalam suatu majlis yang baik dan majlis zikir melainkan ditutup dengan ucapan itu:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau).
[3]

Baca Surah Al-Asr juga?Adapun amalan membaca Surah Al-Asr sebelum mengakhiri suatu majlis mungkin diambil dari amalan para sahabat Nabi SAW ini:

At-Thabrani telah menyebutkan daripada Ubaidillah bin Hafs berkata: “Dua orang sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa, mereka tidak pernah berpisah melainkan salah seorang membaca Surah Al-Asr sehingga akhirnya, kemudian mereka saling memberi salam antara satu sama lain”.
Sekian, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. 
salam ai.. lamanya xmenulis kat sini.. bz hehehe @ buat2 bz.. alhmdulillah selesai sudah kursus kahwin kat sk batu talam pada 19-20hb februari. pasni slow la kita buat persiapan ya. isnin kembali bekerja perhhh byk keja..selasa turun raub beli baju untuk budak-budak nasyid. rabu dah start latihan merentas desa, hari ini sambung tp hujan xberhenti lg n..baru mlm td kita sembang pasal hujan xtrun dari ahad, pg ini mencurah-curah alhmdllh.. k la nak siap2 nak g keja..tata wssalam..
Al Qran
> tu kitab suci perlu dipelihara
> kesuciaanya
>
>
> “Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih.
> Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik
> Jamilah kepada Nabil..
> “Sini pun cantik juga.. Warna unggu keemasan. Mana
> satu kita nak beli nih” balas Nabil.
> Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat
> hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu
> AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
> “Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab”
> keluh Jamilah.
> “ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab
> Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon
> suami seperti Nabil. Prihatin..
> “Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya
> lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke
> bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam
> lingkungan 40-an.
>
> “Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah,
> nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum
> tidak jauh dari situ..
> “Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?”
> pakcik menyoal sambil tersenyum.
> “Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“
> teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak
> yang lain.
> “Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau
> sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik”
> tegur pakcik berhemah.
> “Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang
> muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah
> muncul dengan selamba jawapannya.
>
>
>
> Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’
> dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara
> tiba-tiba.
> Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek.
> Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara
> yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar
> menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja
> sampai.
>
> “Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam
> bergema.
>
> Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai
> gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang
> dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut
> bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya
> putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
> “Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba
> Ustaz Saad.
> “Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil
> mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang
> yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
> “Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik
> Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari
> bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang
> ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara
> orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap
> setiap hari Khamis selepas maghrib.
>
> Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling
> menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin
> berwarna putih.
> “Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba
> mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai.
> Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya
> berlaku.
> “Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah
> ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris
> giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut
> sunnah nabi.
>
> Surah Ar Rad
> “Apa benda nih” detik hati Nabil.
>
> “Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL…MAA..
> RIII..!!” berlagu Nabil.
>
> Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang
> keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air
> mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala..
> Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke
> mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
>
> “Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran.
> Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :
> A’uzubillahiminnassya itaanirra jim..
> Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM…
> RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad.
> Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi
> alunan irama ALQurannya.
>
> Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
>
Salam hai.. lagi 3 hari kita kan g kursus kahwin huhuhu.. berdebar juga n.. hope selamat.

Pemohon lelaki


1. Dapatkan borang permohonan nikah dari pejabat agama yang berhampiran dengan tempat tinggal.

2. Lengkapkan borang permohonan nikah dan sediakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan. (Rujuk pada senarai semak yang diberikan bersama borang permohonan)

3. Jumpa imam jurunikah di tempat tinggal anda untuk mendapatkan tandatangan dan pengesahan.

4. Serahkan semula borang yang telah lengkap ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan untuk diproses.

5. Dapatkan surat kebenaran berkahwin untuk diserahkan kepada pihak perempuan untuk proses permohonan nikah.

Pemohon perempuan

1. Dapatkan borang permohonan nikah dari pejabat agama yang berhampiran dengan tempat tinggal.

2. Lengkapkan borang permohonan nikah dan sediakan semua dokumen yang diperlukan. (Rujuk pada senarai semak yang diberikan bersama borang permohonan)

3. Jumpa imam jurunikah di tempat tinggal anda untuk mendapatkan tandatangan dan pengesahan. Pemohon perempuan dikehendaki membawa wali bersama-sama dan borang permohonan hendaklah ditandatangani di hadapan imam jurunikah.

4. Serahkan semula borang yang telah lengkap ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan untuk diproses dan kepilkan bersama-sama surat kebenaran berkahwin daripada pihak lelaki.

5. Dapatkan surat kebenaran berkahwin untuk diserahkan kepada imam jurunikah atau kadi yang akan menjalankan upacara akad nikah.

RUKUN NIKAH

1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan
3. Akad (Ijab dan Qabul)
4. Wali
5. Dua orang saksi

HUKUM NIKAH

1. Wajib
Apabila seseorang itu cukup syarat, mampu dan keinginannya
sangat tinggi untuk beristeri kerana ditakuti boleh membawa
kepada pekerjaan zina

2. Sunat
Apabila seseorang itu cukup syarat, mempunyai keinginan dan
suka mendapatkan seorang isteri.

3. Makruh
Apabila seseorang itu tidak gemar, tiada kemampuan,
berpenyakit, sudah tua, mati pucuk dan lain-lain.

4. Haram
Apabila seseorang itu tidak mampu, tidak cukup syarat,
membalas dendam kepada perempuan atau bernikah daripada
empat.

5. Mubah


Apabila seseorang itu cukup syarat, berkemampuan tetapi bolah menghindarkan daripada melakukan perzinaan atau juga harus menghimpunkan sehingga empat orang isteri dalam satu masa.



Mengapa Aurat Haram Di Dedah

Aurat pendedahan mu adakah satu kenikmatan?
atau mendedahkan diri ke arah kejahilan?
lirikan mata memandang adakah satu tujuan?
apakah yang empunya jasad mahu menjadi tuntunan?
atau sekadar menunjuk potongan badan?

Putih kulitmu satu penghargaan
yang sawa matang turut perasan
cantik wajahmu itulah kebanggaan
sanggup kau gadaikan melalui fesyen pakaian...

Yang ketat menampakkan medan-medan seni memberahikan
yang belah menampakkan celah-celah keenakan
mahkota rambut menjadi hiasan
biru merah di wajah saduran...

Awas...
apabila jejaka mencecah keinginan
kelibat jantan mula berkeliaran
seluar panjang sudah di pendekkan
mula terpancar keinginan mengawan
mata terbeliak bagai kucing merenung ikan...

Awaslah...
wahai si manis sepanjang zaman
dari di telan serigala kelaparan
tutuplah aurat mu demi keselamatan
itulah syariat suruhan tuhan
lambang indentiti muslimah berwawasan...

[muhasabah bersama]



MARK ZUCKERBERG makan bersila dekat pintu sebuah kedai di Palo Alto, California baru-baru ini


PALO ALTO, California – Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg makan bersila dekat pintu sebuah kedai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Zuckerberg yang berusia 26 tahun dan bilionair termuda dunia dengan anggaran kekayaan AS$16 bilion (RM48.81 bilion) memakai baju T, kasut sukan dan seluar jean Levi’s semasa dia makan makanan Mexico yang dibeli dari sebuah gerai di tepi jalan baru-baru ini.
Seorang pejalan kaki berkata, pengasas Facebook itu tidak dikawal oleh seorang pengawal keselamatan.
“Dia (Zuckerberg) berjalan di gerai itu, menunggu dalam barisan seperti orang lain dan membeli ayam, nasi dan kerepek tortilla dengan harga AS$4 (RM12.20) untuk makan dengan seorang rakan di satu laluan ke sebuah kedai,” katanya.
Pengasas Facebook itu kelihatan seperti seorang pelajar yang tidak berduit semasa dia berdiri dan makan bersila.
Zuckerberg menyewa sebuah rumah yang mempunyai tiga buah bilik di sini dekat dengan pejabatnya.
Dia tinggal bersama kekasihnya, Priscilla Chan, 26, yang merupakan pelajar jurusan perubatan.
Zuckerberg turut memandu sebuah kereta Honda berusia lima tahun walaupun dia merupakan antara orang yang paling kaya di dunia.
Dia mencipta Facebook di dalam bilik asramanya di Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 2004.
Namun, Zuckerberg tidak menamatkan pengajiannya di universiti tersebut dengan alasan untuk menumpukan perhatian ke atas Facebook.
Pengasas Facebook itu menjadi bilionair termuda semasa dia berumur 23 tahun. – Agensi
doh yang siap di uli..

sardin je

setelah siap..sedia untuk di goreng..
pss: hermmm alhmdulillah menjadi,pic guna hp murah huhuhu... cuma kulit je tebal cikit hehehe..sedap @ tidak???...hehehe
salam hai sihat...
mlm n nak try buat karipap sardin la..
So nak share 3 versi resepi kulit karipap yang kita dapat dari internet n

Versi 1 

Bahan2

500 g tepung gandum + secubit garam
3/4 cawan minyak
1 1/2 cawan air panas

Cara

1. Gaulkan tepung dengan garam dalam mangkuk supaya rata dan buatkan lubang di tengahnya.
2. Masukkan minyak dan air panas. Gaulkan dengan senduk kayu .
3. Uli lagi sampai semua bahan rata dan kental.
4. Ambil sedikit adunan dan canai diatas papan pencanai.
5. Gunakan penggelek untuk meleperkan doh. Guna acuan bentuk bulat. 
6. Letak agak agak bahan inti setengah sudu ditengah tengah doh yang sudah di potong bulat. 7.Kelipkan keliling seperti bentuk karipap. 
8. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila agak kekuningan. 

Versi 2 

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum 
2 sudu besar majerin 
air untuk menguli (lebih kurang 1/4 cawan)
secubit garam masukkan kedlm air

Cara

Masukkan majerin ke dalam tepung. 
Ramas tepung & majerin hingga rata. 
Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam uli sehingga menjadi doh. 
Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh. 

Tips:

Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup


Versi 3 

Bahan2:

1/2 kilo tepung gandum
1/2 cawan minyak campur margerin 
Air sejuk/air peti ais secukupnya untuk mengulis
garam secukup rasa

Cara

Gaulkan tepung + garam
minyak & margerin dipanaskan sekali di atas api ( sukatan keduanya, terserah pada anda nak lebihkan yang mana satu atau sama sukatannya).biarkan suam dahulu 
masukkan campuran minyak & margerin kedalam tepung.
gaul sebati dan masukkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga boleh jadi doh.


2 cawan tepung gandum
1/3 cawan minyak + margerin
ais sejuk & garam


Tips: 

kalau terlalu sedikit air untuk semua resepi di atas, kulit karipap akan terasa liat setelah digoreng
kalau api terlalu panas, kulit karipap akan nampak menggerutu (kembung2 kecil)
kalau kulit karipap tebal, terasa liat untuk menggigitnya



pss: kalau menjadi kita upload pic karipap malam n ya... doakan menjadi ya hehehee...

"Belumpun tiba 14 februari, sudah ramai dari kalangan umat yang mengaku islam sedang mempersiap sedia untuk menyambut hari kebesaran pendita kristian yang bernama St Valentine. Si ayah senyap senyap mencari hadiah untuk membuat kejutan kepada si ibu. Si anak sedang mencongak di tempat hiburan mana akan diadakan parti. Siaran tv yang pemimpin utama negaranya mengaku Islam sedang giat melakukan kempen. Dan seperti biasa, ulama ulama jahat masih lagi berdiam diri dan redha dengan kemusnahan umat.

Dalam kepercayaan kristian katolik, Valentine adalah seorang pendita suci,orang alim yang telah mati syahid mengikut kepercayaan agama mereka. Lalu ianya diberi gelaran Saint Valentine(santo atau santa). Kisahnya bermula pada tahun 270M ketika raja rome yang bernama Cladius melarang para askar perang dari berkahwin. Cladius percaya dengan melarang pemuda dari berkahwin akan menjadikan mereka kuat tenaga untuk berperang dan agresif.
Namun begitu dasar ini ditentang oleh dua orang pendeta yang bernama valentine dan marius. Mereka berdua secara senyap senyap menggalakkan pemuda perang berkahwin. Gerakan secara senyap ini merebak dan mendapat sambutan hebat sehingga akhirnya diketahui oleh raja cladius. Cladius memerintahkan valentine dan marius ditangkap lalu dipenjarakan sebelum dihukum mati.
Ketika di dalam penjara ada seorang gadis anak kepada warden penjara yang selalu menziarahi valentine. Kunjungan setiap hari gadis tersebut membuahkan rasa cinta yang mendalam. Hingga pada saat dihukum mati, valentine mengirimkan sepucuk surat dan sekuntum bunga kepada gadis tersebut.
Selepas kematian valentine para penganut katolik sepakat untuk menyambut hari kematiannya sebagai memperingati valentine yang sanggup mati dan masing akan menghadiahkan bunga kepada pasangan masing masing.
Alangkah malangnya, ramai umat Islam diseluruh dunia menyambut hari kebesaran kematian pendeta kristian. Perhatikanlah di negara kita Malaysia tercinta ini. Bahkan dikalangan pemimpin utama negara tanpa segan silu menyambutnya.
Seperti biasa juga, orang yang menggalas tanggungjawab utama untuk memelihara iman umat Islam, iaitu ulama, masih berdiam diri kerana sibuk membuncitkan perutnya. Mereka hanya sekadar berkata "haram menyambutnya" tetapi langkah langkah yang agresif, tegas dan proaktif tidak pernah keluar dari inisiatif mereka sendiri.
Cuba kita selidik, berapa kalikah orang yang menggelarkan diri mereka ulama contohnya seperti harussani, atau uthman muhammady atau mat nor deris atau sesiapa saja yang mengaku berjawatan agama, turun padang mencegah perkara ini dari berlanjutan menjerumuskan umat islam kelemahan kekafiran.
Tidakkan dihati mereka ini merasa sedih melihat saban hari umat yang mengaku Islam, secara tidak disedari telahpun menganut kristian secara tidak rasmi? Apakah perkara perkara seperti ini masih dapat memberi satu ruang kepada ulama dapat tidur lena? Jika mereka masih dapat makan minum, tidur lena dan bersenang lenang dengan anak isteri mereka, sedangkan umat dibiarkan menuju jurang kemusnahan, lalu di manakah sifat amanah mereka sebagai pelaksana pewaris nabi?
Kenapa mereka masih suka membiarkan umat ini berada di dalam kejahilan? Apakah tugas ulama hanya sebagai pembaca doa di majlis rasmi? Atau sebagai ahli panel di forum forum? Atau pemerhati di dalam dewan? Atau tugas mereka hanya berkata, "tidak baik memutuskan silaturrahim sesama umat islam", atau "islam sentiasa bersangka baik terhadap saudaranya"?, kata kata yang jelas dapat menyelamatkan gaji mereka dan memelihara mereka untuk menjadi penjilat pemerintah.
Ingatlah wahai para ulama sekelian, ciri ciri seorang ulama adalah memiliki rasa takut, taqwa dan tunduk gerun kepada Allah s.w.t. Ulama adalah seseorang yang mempunya pengetahuan ayat ayat Allah s.w.t baik yang bersifat kauniyyah (gejala alam semesta dan alam sekeliling) ataupun qur'aniyyah (bersangkutan dengan al quran).
Wahai para ulama, ingatlah peristiwa tatkala malaikat jibrail menjemput junjungan Rasulullah s.a.w untuk kembali kepada kekasihnya Allah s.w.t, pada saat saat nafas baginda hampir habis baginda menyebut, " Umatku, umatku, umatku".
Umatku, umatku, umatku, tidakkah perkataan ini memberi apa apa bekas dihati kamu wahai para ulama sekalian? Tidak terdetikkah rasa sedih dan hiba dihati kamu melihat keadaan umat sekarang? Tidakkah timbul rasa penyesalan yang mendalam dihati kamu, bahawa amanah yang diberikan kepada kamu sebagai pewaris Nabi telah gagal kamu laksanakan? Tidakkah merasa gerun dihati kamu bahawa kamu bakal gagal menjawab soalan di padang mahsyar nanti? Ingatlah hari yang di mana segala harta benda, pangkat, gaji, jawatan dan kebanggaan bangsa tidak akan memberi guna lagi.
Hulurkanlah tangan kamu sekarang untuk menyelamat umat yang sedang berada digelinciran lurah yang dalam. Selamatkanlah mereka. Pimpinlah mereka. Kerana itu memang tugas kamu didatangkan ke dunia ini; memikul amanah Allah sebagai pewaris Nabi dengan penuh rasa kasihsayang.
Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 44:
"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?"

Persefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain adalah antara 
petua untuk mencapai rumahtangga yang bahagia dan berkekalan. Petua 
ini sering digunakan oelh pasanganyang lebih lama mendirikan 
ruahtangga hingga ke anak cucu. Suami atau isteri harus mengetahui 
peranan dan tanggungjawab masing-masing. Berikut adalah beberapa tip 
untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.



Persefahaman dan saling bertolak ansur
Sikap saling memahami antara satu sama lain adalah perkara utama 
dalam rumahtangga. Suami atau isteri perlu mewujudkan persefahaman 
ini sebelum berumahtangga lagi. Tolak ansur dalam apa juga perkara 
amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang masalah lain yang timbul. 
Tanpa kedua-dua sikap ini, suami atau isteri akan menghadapi 
kesukaran dalam berkomunikasi. Jika isteri mendapati suaminya 
mempunyai minat dan hobi seperti memancing dan melancong, isteri 
perlu belajar untuk memahami minat suami begitu juga sebaliknya.



Berterus terang dan bersikap terbuka
Berterus terang dengan pasangan perlu dalam kehidupan berumahtangga. 
Ia lebih baik jika disertai sikap terbuka pasangan. Suami atau isteri 
yang mengamalkan sikap suka menyembunyikan sesuatu dengan pasangannya 
secara langsung boleh merenggangkan hubungan. Ini kerana sikap saling 
mencurigai akan wujud secara tidak disedari. Namun begitu, tidak 
semua rahsia suami atau isteri perlu didedahkan kepada pasangan 
terutama perkara yang telah lepas bagi mengelakkan sesuatu yang tidak 
diingini berlaku.



Hargai pasangan anda
Menghargai pasangan anda adalah sesuatu yang perlu diwujudkan. 
Misalnya suami perlu memberi pujian atas apa yang disediakan oleh 
isteri. Pujian yang diberikan terhadap masakan si isteri sekurang-
kurangnya menggembirakan si isteri dan merasa dirinya dihargai. 
Begitu juga dengan pihak steri, biarpun suami tidak melakukan tugas 
memasak, membasuh dan sebagainya, pujian yang diberikan kerana 
membantu anda di dapur pada hujung minggu sekurang-kurangnya berasa 
mereka dihargai.



Perhatian yang adil kepada pasangan anda
Kadangkala suami atau isteri memerluakan perhatian lebih daripada 


pasangannya. Walau sesibuk mana pun anda dengan kerjaya atau 
tanggungjawab, luangkan sedikit masa terhadap pasangan anda. 
Meluangkan sedikit masa terutamanya pada hujung minggu denganpasangan 
anda adalah lebih daripada anda menumpukan perhatian kepada kerja 
yang sememangnya tidak akan selesai.



Menghormati antara satu sama lain
Walaupun hak dan kuasa adalah lebih kepada suami, suami juga perlu 
menerima pandangan yang diberikan oleh isteri. Sikap saling menerima 
pandangan secara langsung akan mewujudkan sikap hormat isteri 
terhadap pasangannya. Isteri juga akan berasa dirinya lebih dihormati 
biarpun kedudukan mereka hanya sebagai isteri. Menjadi penyokong atau 
penasihat kepada pasangan Suami atau isteri adalah individu yang 
hampir kepada setiap pasangan. Jadikanlah suami atau isteri tempat 
untuk berkongsi pendapat.



Menyesuaikan diri dengan rakan pasangan anda
Sekiranya anda diperkenalkan dengan rakan pasangan anda, seharusnya 
anda tahu menyesuaikan diri dengan mereka. Bagi anda yang mempunyai 
suami yang bertugas sebagai ketua kepada kakitangannya, sesuaikan 
diri sebagai isteri seorang ketua dengan kakitangan bawahan.



Saling mempercayai antara satu sama lain
Sikap saling mempercayai amat pnting dalam kehidupan berumahtangga. 
Tanpa sikap tersebut rasa ragu-ragu dan curiga antara satu sama lain 
akan timbul. Ini menyebabkan hubungan suami atau isteri menjadi 
dingin.



hari ke 2 mengajar kafa, kene mengajar tahun 4, 5, dan 6.. 1st day 20 orang, harini bertambah jadi 29 orang..peningkatan yang baik!
hari pertama ke sk tersang En Zulhilmi yang hantar (terima kasih tunangku)..blum ape2 dah jadi tanda tanya bdk2 class, ishhh budak2...
semalam lapor diri ke pejabat agama, pagi tadi jumpa guru besar sk tersang yang mukeny ketat, menakutkan jer... yang paling x sangke kite pegi ke sk tersang boleh drive sendiri, rase teruja sangat! yahuuuuuu...doakan smuany berjalan lancar amin....
salam hai.. terasa sejuk disini dgn hujan mencurah2.. sudah lama hujan tidak muncul,hari ini detik ini rahmat hujan muncul kembali..hari ini juga menjadi sejarah insan tersayang mula mengajar di sebuah sekolah..bermula jam2.30 hingga 5.30...3 jam.. hari pertama ini juga dpt brsama pergi melaporkan diri ke tempat keja baru..rupanya hanya ada seorng yg mngajar,leh tahan juga ramainya dlm 60 orang murid, insan tersyang dpt darjah 4,5 n 6.. waaa ok la 2 budak2 dah pandai hehehe.. hari ini juga kita telah pergi ke pejabat tanah untuk urusan pengambilan tanah bagi jalan untuk orang2 kelantan.. hari ini juga kita dapat kerepek pisang yg sedap...hehehe nak habis separuh mkn dlm kereta td.. tq banyak-banyak.. k jumpa lg tata...
salam perhhhhh.. boring cuti..orang lain best bila cuti tp kita leh jadi boring knapa ya ermmmm.. nak date ptng td xjadi...insyallah esok masih ada heheheh...
sesi taklimat di maahad jengka

lepas raye cina ni start mengajar la kite...
salam haii org 2 mesti kat jengka lg.
kita dah sampai sekolah, hujan mencurah2 walaupun kat lipis td xde ape2.. aisyah kat jengka ambil surat tawaran guru kafa, tahniah di ucapkan hehehe maaf xdapat ikut sama..kereta dah penuh.. kita smpai basuh baju, fotokopi buku hem byk la juga huhuhu.. 

patut la semalam xsedap hati..
smpai td jaga bagitau semalam ada pegawai ppd masuk, bahagian pembangunan ( puan samsiah ).. hahaha die nak tngok bangunan yg rosak, so die marah2 la coz xde staff lansung smlam hermmm.. 

k jumpa lg.. kalau smpai umah bgtau ya.. assalamualaikum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...