love4.jpg
Kasih…Bila malam melabuhkan tirainya hatiku menjadi sayu. Rindu dedam terhadap mu semakin terasa. Terasa kehangatan airmata menitis dipipi bila kerinduan semakin tidak terbendung.
Kekasih…Hanya bulan pengubat rindu ini. Seperti yang pernah aku katakan kepada mu lewat warkah-warkah ku, bilamana kau merindui ku pandang la bulan dan seru la nama ku. Kerana ketika kau merenung bulan disana aku juga sedang merenung bulan disini. Bila sang bulan menunjukkan dirinya ketahuilah kasih ketika itu rinduku pada mu sedang memuncak. Ingin aku menjatuhkan diri dalam dakapan mu. Pastinya hangat sekali.
Kasih bila bulan tidak hadir di langit sana bukan bermakna aku tak rindu kepada mu. Tetapi mungkin bulan terlalu cemburu melihat betapa aku merindui dirimu. Kasih… aku rindu pada mu…
Aku cinta kamuI love you… Tiga patah perkataan sahaja tapi sekiranya diucapkan kepada seseorang kesannya sangat mendalam. Perkataan ini akan membuatkan seseorang itu tergamam, mencebik atau tersenyum bergantung kepada situasi orang tersebut. Jika dia memang sedang menanti ungkapan ini dia akan tersenyum. Jika dia cinta tapi tidak pernah terfikir untuk mendengar ungkapan ini dia akan tergamam. Jika dia benci dan meluat dengan kita dia akan mencebik.
Ada yang suka dan sering mengucapkan ungkapan ini. Seolah-olah ungkapan ini seperti hanya rutin harian baginya. Ada yang terlalu sukar mengucapkannya, terkelu lidah seolah-olah diletakkan gam apabila cuba mengucapkannya. Bagi mereka ungkapan ini terlalu mahal harganya. Dan apabila mereka mengucapkannya mereka akan komited pada maksud ungkapan ini.
Ada juga yang hanya suka mendengar ungkapan ini daripada kekasih tapi tidak pernah mencuba untuk mengatakan “Aku juga mencintai mu” atau “I love you too” kerana bagi mereka senyuman itu sahaja sudah cukup sebagai jawapan. Janganlah begitu…setiap insan di dunia ini pasti mengharapkan balasan pada ucapan cinta mereka. Senyuman walaupun biasanya menandakan persetujuan tapi juga boleh menyembunyikan seribu satu makna. Maka ucapkanlah cinta sekiranya kita memang cinta. Jangan tangguh lagi kerana kita tidak tahu masih adakah esok untuk kita.
ya allah ya tuhan kami, kau permudahkanlah segala urusan kami..lindungilah kami dari segala perbuatan keji, kau tetapkanlah iman hati kami ya allah...sekiranya ade jodoh di antara kami kau peliharalah perhubungn kami sehingga ke akhir nyawa kami..hanya kepada engkau sahaja tempat kami memohon doa dan meminta pertolongan..amin ya robbal a'lamin.
salam hai sihat?.. sunyi je dari pg td ermm.. kje hari n cm biasa, sibuk la juga coz hari isnin..hari n xkeluar so petang xbuat ape2 just cuci kolam n rangging budak buang sampah dr dlm tandas hehehe sampah diorg juga.. hope org disana sihat n seronok bekerja..tata
Salam hai ... kita dah kat sekolah.. smpai awal tadi dlm kul dua. sampai terus lepaskan anak ikan talapia 50 ekor.. punggah barang2 koop then kemas aduiii lenguh juga hehehe.. balik umah mandi coz terasa panas..pas asar g kolam tanam2 bunga ermmm knpa bunga rose mggu lepas tanam x nampak nak hidup lg..mlm n xde buat ape2 just duk dlm bilik je..aisyah trun g masak coz mggu n keja petang..k nanti kita chat k .. bubye..
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”
salam hai sihat? aisyah xon9 lg mlm n...ke tido lg hehehe... hari n keja cm biasa, xla byk sangat..ptng chat sekejap dgn aisyah..pastu kita gunting rambut budak2..mngecat dinding kolam..2 je buat hari n..k n nak masuk video hehehe.. gmbar masa mula2 kita datang menson..salam
salam hai.. semoga sihat sejahtera..walaupun terasa penat namun nak juga mencoretkan sesuatu untuk kenangan di masa hadapan bersama insan tersayang..ini sebenarnya blog baru.. blog sebelum ini terpaksa dipadamkan kerana sudah ada virus masuk, kesan2 virus pada blog 2 ialah lagu xleh keluar, hanya satu post yg keluar pabila dibuka..so kita berdua ambil keputusan untuk buka mail baru n create blog baru ini..maka terhasilah syahandmie hehehe..

bercerita pasal hari n plak ermmm trasa kesibukan tp seronok buat kerana semua dpt diselesaikan.. pg2 kita buka koop, cm biasa budak2 berpusu2 masuk smpai nak lepas dlm koop hahaha.. kul 8 kita masuk pejabat settlekan pasal duit.pecahkan duit bantuan2..pastu g plak menjual baju uniform sekolah.. baju 2 sebenarnya baju bantuan tp klu nak bagi semua murid xcukup so guru besar dgn pibg telah bersetuju menjual satu set seragam dgn harga rm 20.00 sahaja..murahkan..tp ada juga ibu bapa kata kasut 2 murah,kalau pakai cepat koyak..kita tergelak dulu pastu terangkan kat dia kalau nak yg tahan beli la kasut bata,pallas @ berjenama..org dah offer satu set baju kain kasut stokin..kira murah 2.. pastu ada pasal air xde, org kg yg diamanahkan check dem kata paip bocor n perlu perymbng.. so g la cari, puas cari akhirnya jumpa n trus masuk hujan dgn kemeja aduiii.. balik pjabt ada plak budak sakit n nak hantar ke kg..so hantar la.. baru smpai sekolah semula tok batin kg susu datang bgtau jambatan kg diorg hanyut, so die minta minta sekolah tengok2..abg,saiful n azrin perli la tengok..memang teruk..hanya jambatan 2 menghubungan diorg dgn dunia luar,ptt la budak2 kg susu xdtng sekolah.. tengahri abg keluar g bank in yuran sekolah..g la mkan kfc coz nak puaskan hati sbb byk keja td hehehe... ehh mesti boring kan baca panjang2 n.. k la jumpa lg..tata salam...
cuti dah habis, hari ni dah start keje..best giler cuti dari 09/09/2010 hingga 18/09/2010..macam2 aktiviti buat kt kampung..rayer memang meriah..
bila nak start keje ni mmg la malas,adoi!!...sape bleh tolong.....huahuahuaaa..
hehehe kat taman lebah



ini di multicop


semasa perjalanan pulang singgah di air terjun hehehe



org 2 cam nak mandi je ya...lain kali datang bawa baju ya..





hahahhehehe jaga2 buluh pecah 2...

nanti kita camping bawah jambatan n ya...


viva kita bersama...
itu sahaja yg dapat di upload..hope kita dapat lg berjumpa...tata..
salam hai kepada sesiapa yg mambaca blog n..semoga kita semua dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki..

crta pasal raya n ermmm dah lama coz n raya ke-7 hehehe.. persiapan raya cam biasa, buat lemang rendang.pg2 raya hari jumaat dah terpacak kat masjid..pas solat kita lepak2 je..aisyah msg ajak raya umah so kita ajak2 geng g tersang..alhamdullah smpai n sedap satay hehehe.. pastu gerak terus ke janda baik.. raya kedua aisyah beraya kat raub, sega, budu, n lipis, cadangnya nak singgah umah kita tp masa xmengizinkan.. keesokan petang aisyah mak ayah angah k.yana datang beraya juga, terima kasih la byk2 kerana sudi datang, lemang n sardin petai je mampu kami buat hehehe.. sungguh bermakna bila fmly aisyah datng..ptt nya fmly lelaki yg g sana dulu hehe.. raya haji insyallah kami datang ya..k jumpa lg..salam...

salam hai..alhamdllah smlm dpt tido..xterbangun sahur hehehe...kul 7.30 baru terjaga, boring la plak xtau nak buat pe...so layan fb je la..kita xtau lg nak balik kul brapa.nak tnggu durian,petai dulu pastu nak basuh kereta...plan raya n nak beraya umah aisyah raya kedua..insyallah klu xde aral kita datang.k semoga kita selamat sampai ke kg masing2 petang n..tata




salam hai tido lg hehehe.. smlm kita xdapat tido sampai kul 4 pg..cikit pun xdpt xtau la knpa huhu rasa takut xjuga,sunyi xjuga, teringat aisyah je..sory la pasal mlm td klu terasa..petang n xtau lg nak tido mana..rasa nak g lepak kat umah member kat koyan ( member sk betau )..tp sebelum 2 nak naik atas ambil surat la.. k la nanti kita chat k..tata
assalamualaikum wbt..
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin..
ramadhan hampir meninggal kan kite, ade 4 hari je lagi pastu menyambut syawal la plak...
x sabar nak balik kampung 8 hb ni..seronoknye dapat bercuti lame...ske3.
kad hari raya dari iluvislam.com

salam hai sihat?.. ermmm lama nya kita xtulis dlm blog n..abg balik petang sikit kot, malas la nak balik awl..rasa cm nak tido dulu pas jumaat..semua org dah blik kg,sunyi je sekolah n hehehe.. k la jumpa lg..jom sama2 kita baca n... abg ambil dari facebook..


30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...